“Kesiannya” – Ramai Sebak Lihat Wanita OKU Dihantar Ke Rumah Kebajikan, Dipercayai Ditinggalkan Keluarga [Video]
Wanita OKU yang dikenali sebagai Wani itu mendakwa dia dihantar oleh ‘emaknya’ di Chow Kit dan diberi wang ringgit sebelum ditinggalkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga merupakan antara orang terpenting dalam kehidupan setiap daripada kita.
Sudah pastinya kasih sayang terhadap mereka tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit hingga ada yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta.
Namun entah di mana silapnya, ada segelintir orang yang dilihat tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membuang ahli keluarga mereka.
Wanita OKU Dakwa Ditinggalkan Ahli Keluarga
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok, kelihatan seorang gadis kelainan upaya (OKU) dihantar ke satu tempat yang dipercayai rumah kebajikan.
Melalui video yang dikongsikan di akaun @budakjahathenrygurney, gadis OKU itu dipapah dan dibawa oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Pusat Kebajikan dan Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh Chow Kit, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya oleh pemilik rumah kebajikan itu tentang apa yang terjadi, pihak polis mendedahkan mereka membawa gadis OKU berkenaan ke situ selepas mendapat laporan daripada seorang pemilik kedai yang mendakwa gadis berkenaan telah menganggu premisnya.
Apa yang menjadi perhatian adalah gadis yang dikenali sebagai Syazwani itu masih mampu menjawab dengan baik ketika ditanya tentang latar belakang berkaitan dirinya.
Malah, ketika tiba di rumah kebajikan itu, Syazwani terus bertanyakan tentang sejadah kerana mahu mendirikan solat.
Ada Keluarga Di Ampang
Menerusi video berkenaan, Syazwani turut mendedahkan dia berasal dari Ampang sebaik sahaja ditanya oleh pemilik rumah kebajikan itu.
Wani turut dilihat menggelengkan kepala ketika disoal adakah keluarganya sedang mencari dirinya.
Dakwa Wani, dia dihantar oleh ‘emaknya’ di Chow Kit dan diberi wang ringgit namun dia kemudian ditinggalkan oleh wanita tersebut.
“Mak hantar Wani dekat Chow Kit, dekat situ la, dia hantar-hantar, dia bagi duit, tak salam, dia tinggal dekat situ,” katanya.
Malah, ketika ditanya tentang lokasi rumahnya, Wani mendedahkan rumahnya terletak di Pantai Remis, Perak.
Gadis itu dilihat tersenyum tenang selepas pemilik rumah kebajikan itu menyatakan akan menghubungi ahli keluarganya.
Namun, Wani dilihat teruja dan memberi kebenaran sekiranya pemilik rumah kebajikan itu mahu menghubungi bapanya yang didakwa tinggal di Ampang.
Ketika ditanya maklumat mengenai bapanya, Wani mendedahkan dia tidak mengingati sebarang info mengenai ahli keluarganya itu.
Pengguna Media Sosial Bersimpati
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.5 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan.
Malah, ada yang mendoakan kebaikan dan urusan gadis tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan ahli keluarga Wani yang tergamak membuang gadis OKU berkenaan.
Berikut antara komen pengguna TikTok: