fbpx
Now Reading
Minah Salleh Masak Spageti Sambal Petai Raih Perhatian Ramai [Video]

Minah Salleh Masak Spageti Sambal Petai Raih Perhatian Ramai [Video]

Dalam beberapa video lain, Georgia juga pernah melakukan beberapa menu unik menggunakan petai seperti sandwic, sup dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut mengenai petai tak dinafikan ia merupakan salah satu ulaman yang sangat terkenal di Malaysia.

Namun terdapat segelintir individu yang kurang menggemari kekacang ini memandangkan ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis hidangan makanan masakan Melayu yang berasaskan petai dan ia sentiasa menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Minah salleh masak spageti sambal petai

Namun siapa sangka, petai ini rupanya mempunyai tempat yang istimewa di hati seorang minah salleh yang dikenali sebagai Georgia P.

Malah dia juga turut tampil dengan resipi yang unik iaitu Spageti Sambal Petai dan ia menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Georgia awalnya menunjukkan beberapa tangkai petai dan memaklumkan ingin memasak menu tersebut.

Siap tunjuk cara masak menu ‘Spaghetti Sambal Petai’

Dia kemudian menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan seperti petai, bawang Holland, tomato sebelum menumis kesemua bahan sehingga ia menjadi ‘paste’ (pes).

Sebaik kesemua bahan yang dimasukkan tadi menjadi larut dan berkuah, Georgia kemudiannya memasukkan sambal dan mengacaunya sehingga sebati sebelum meletakkan petai dalam masakannya.

Dalam periuk lain, Georgia turut merebus mi spageti dan membilasnya dengan air apabila ia sudah masak.

Georgia kemudian meletakkan spageti dan sambal petainya ke dalam sebuah mangkuk lalu menikmati hidangan tersebut. Mungkin kelihatan pelik namun Georgia dilihat seperti menyukai hidangan yang dimasaknya itu.

Dalam beberapa video lain yang dimuat naik, kelihatan Georgia sebelum ini pernah membuat beberapa menu berasaskan petai seperti Nasi Goreng Petai dan juga ‘Sandwic Avocado bersama Petai’.

@simplegreensoul

Sooooo many of you have requested that I try petai with sambal and rice, so here it is.. sambal & petai fried rice!! 🌶️✨ you can find the full recipe in my bio 🙏🏻🥰 #petai #sambalpetai #malaysianrecipes #indonesianrecipes

♬ Cooking, bossa nova, adults, light(950693) – Kids Sound

Tunku Ampuan Pahang pun nak cuba resepi dikongsi minah salleh

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan menu yang dimasak oleh wanita ini dan mengatakan ia sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli di bahagian komen dan ingin mencuba resepi berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan untuk meletakkan udang dalam hidangan tersebut agar ia menjadi lebih sedap seperti sambal udang petai yang sering dimasak di negara ini.

“Nak cuba lah sebab sebelum ni makan petai dengan mi segera perisa kari”

“Marah orang Itali”

“Untuk peminat petai mesti rasa teruja tengok menu masakan dia ni! Petai sedap! Paling best jangan potong kecil-kecil…”

“Letak udang mesti padu”

Baca artikel berkaitan: Banyak Vitamin & Baik Untuk Kulit? Jom Ketahui Khasiat Petai Yang Masih Ramai Tak Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.