
Pembatalan GVF2023: FSA Saman The 1975 RM11 Juta, Dakwa Sengaja Langar Undang-undang Malaysia
Tuntutan mahkamah oleh penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia, mendakwa kumpulan The 1975 secara sengaja melanggar undang-undang Malaysia walaupun setelah berkali-kali diberikan peringatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Acara yang sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 Good Vibes Festival (GVF) menjadi mimpi ngeri buat penganjur, Future Sound Asia (FSA), apabila hari kedua dan ketiga festival terpaksa dibatalkan.
Ia susulan insiden membabitkan kumpulan rock British ‘The 1975’ melakukan aksi-aksi yang bertentangan dengan garis panduan ketika di atas pentas.
GVF Saman The 1975 RM11 Juta
Terkini, selepas setahun dari tarikh insiden berkenaan, kumpulan The 1975 telah disaman sebanyak USD2.4 (RM11.07) juta oleh pihak GVF, hanya kurang sedikit berbanding tuntutan asal iaitu USD2.6 (RM11.99) juta.
Tuntutan mahkamah yang dibuat ini dikaitkan dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk membatalkan keseluruhan festival itu.
Aksi mereka (The 1975) memberi kesan kepada artis tempatan dan perniagaan kecil di Malaysia yang bergantung kepada festival tersebut bagi peluang kreatif dan punca pendapatan.
Future Sound Asia
Baca Artikel Berkaitan: Talitha Tan Kesal Tak Sempat Buat Persembahan ‘Tribute’ Untuk Arwah Ibunya Di Good Vibes Festival 2023
Baca Artikel Berkaitan: Penganjur GVF2023 Tuntut The 1975 Bayar Ganti Rugi RM12.3 Juta Atau Berdepan Tindakan Di England
The 1975 Didakwa Sengaja Langgar Undang-Undang Malaysia
Menerusi firma guaman Steven Thiru & Sudhar Partnership, FSA memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi United Kingdom. Ia mendakwa kumpulan The 1975 secara sengaja melanggar undang-undang Malaysia walaupun setelah berkali-kali peringatan diberikan.
Mereka turut memetik persetujuan bertulis oleh vokalis Matty Healy bahawa kumpulannya akan ‘mematuhi kesemua peraturan dan garis panduan tempatan’.
Antara undang-undang yang dilanggar adalah memaki, menghisap rokok dan mengambil minuman keras di atas pentas, menanggalkan pakaian, serta bercakap tentang politik atau agama. Ini juga termasuk aksi bercium di khalayak ramai yang dilakukan oleh Healy dengan pemain bass, Ross MacDonald.
Dilaporkan tuntutan mahkamah tersebut turut menyatakan bahawa The 1975 mempertimbangkan untuk tidak membuat persembahan, tetapi mengambil keputusan untuk mencabar undang-undang dengan memainkan ‘setlist yang berbeza sama sekali’.
Kumpulan itu juga secara sengaja melanggar garis panduan yang ditetapkan, termasuk ‘ucapan provokatif’ oleh Healy dan ‘keghairahannya’ dengan MacDonald.
Baca Artikel Berkaitan: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan
The 1975 Kecam Undang-Undang LGBT Di Malaysia
Terdahulu, The 1975 telah mengecam polisi kerajaan Malaysia mengenai LGBT ketika set mereka di GVF 2023.
Malah, Matty turut bertindak tidak senonoh dengan mencium MacDonald, memegang botol arak dan melakukan aksi meludah ketika di atas pentas.
Pentas tidak lama kemudian bertukar menjadi gelap sebelum Matty mengumumkan bahawa kumpulannya telah disekat di Kuala Lumpur.
Okay, that’s it from us, guys. We’re banned from Kuala Lumpur.
Matty Healy, sebelum meninggalkan pentas GVF2023.
Kumpulan itu segera meninggalkan negara setelah itu dan turut membatalkan persembahannya yang dijadualkan di Jakarta dan Taipei.
Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan pembatalan serta-merta bagi seluruh GVF 2023 membabitkan hari kedua dan ketiga festival.
Baca Artikel Berkaitan: Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023