“Raikan Orang Mati” – Ustaz Jafri Tegur Individu Ikut Trend Poco Loco, Dedah Berkait Upacara Ritual Mexico [Video]
Menurut pendakwah bebas Ustaz Jafri Mahmoodi, konten makeup Poco Loco berkait rapat dengan upacara Mexico dipanggil sebagai ‘The Day of The Dead’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dengan penggunaan media sosial yang semakin giat pada masa kini, anda boleh lihat terdapat banyak konten trending. Ada dilihat berbahaya, tetapi ada juga konten yang disifatkan sebagai hiburan semata-mata.
Sebagai contoh sebelum ini, trend solekan ‘Asoka’ bertemakan perkahwinan orang Hindu telah mencuri perhatian ramai bukan sahaja di Malaysia, bahkan individu dari negara luar seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan banyak lagi.
Pun begitu, mungkin ramai para Muslim tidak menyedari bahawa sesetengah konten yang dimuat naik adalah bertentangan dengan syarak.
‘Trend Poco Loco’ Ada Kaitan Dengan Upacara Ritual Raikan Roh
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok apabila pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi menyuarakan pandangannya tentang satu trend yang semakin popular di media sosial iaitu ‘Trend Poco Loco’.
Menurutnya, trend yang melibatkan individu bersolek menyerupai tengkorak itu berkait rapat dengan upacara rakyat Mexico yang dipanggil sebagai ‘The Day of The Dead’.
Mengikut kepercayaan mereka, upacara ritual yang dianjurkan setiap 1 atau 2 November tersebut merupakan hari di mana ‘dunia’ orang yang sudah meninggal dunia akan bertemu dengan manusia yang masih hidup di muka bumi.
Roh tersebut dikatakan akan balik ke rumah mereka dahulu dan menziarahi ahli keluarga. Bagi menyambut orang yang sudah roh ini, ahli keluarga akan menganjurkan majlis makan, tarian dan juga memakai mekap menyerupai tengkorak.
Dilarang Lakukan Konten Berkait Rapat Dengan Agama Lain
Jelas pendakwah berkenaan, adalah penting buat umat Islam untuk menyelidik sesuatu perkara dahulu sebelum melakukannya.
“Tak boleh sewenang-wenangnya nak buat walaupun tujuan itu hanya bermain-main. Bila ada kaitan dengan urusan agama orang lain maka kita tak boleh untuk buat.
“Nasihat saya sebelum nak buat apa-apa konten elok juga kalau kita nilai dan check dahulu sejarah atau latar belakang perkara tersebut. Adakah dia sekadar upacara kebudayaan ataupun dia upacara keagamaan.
“Jika dia upacara budaya, tiada masalah. Tetapi kalau dia ada hubung kait dengan upacara keagamaan maka kita tak boleh buat dan perlu kita tinggalkan,” kata Ustaz Jafri.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ”
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dalam kalangan mereka.”
Di akhir perkongsian tersebut, Ustaz Jafri menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu konten. Tambahnya lagi, terdapat banyak lagi trend di luar sana yang boleh dilakukan bagi menambah jumlah pengikut di media sosial masing-masing.
@jafrimahmoodi_off Buat content Poco Loco tapi rupanya ia terkait dengan kepercayaan keagamaan orang Mexico. Elok juga kalau kita lebih berhati-hati. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #kidaf #kompleksislamdarulfaizin ♬ original sound – jafrimahmoodi_official
Baca Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Tegur Netizen Jadikan Minyak Upacara Sembahyang Bahan Lawak
Latar Belakang The Day Of The Dead
Menerusi semakan kami, The Day of The Dead (Dia De Los Muertos) merupakan satu hari yang menggembirakan buat penduduk Mexico kerana mereka dapat mengimbau semula kenangan bersama orang yang sudah meninggal dunia.
Memetik National Geographic Kids, orang ramai akan menyalakan lilin agar roh boleh mencari jalan pulang ke rumah. Makanan kegemaran si mati juga akan disediakan sebagai persiapan jikalau roh berkenaan berasa lapar.
Kalau anda nak tahu, hari tersebut merupakan cuti umum di Mexico. Menurut History, perayaan itu adalah sambutan yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan merupakan kepercayaan orang asal Mexico.
Sepanjang hari itu juga, anda boleh lihat tengkorak palsu di merata-rata tempat sebagai tanda menghormati nenek moyang mereka. Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk memperingati orang ramai tentang hari kematian.
Individu berpakaian seperti rangka akan melakukan pelbagai perkara pelik dan ‘random’ pada hari tersebut sebagai contoh bermain gitar, mandi, atau memasak.