
“Remuk Hati Tengok”- Individu Kecewa,Rumah Rosak Selepas Penyewa Jadikan Sarang Bitcoin [Video]
Menurut tuan rumah, segala kelengkapan melombong bitcoin yang ada di rumahnya telah pun dirampas ketika serbuan oleh pihak berkuasa dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui harga rumah pada masa kini bukanlah murah malah ada yang mencecah sehingga ratusan ribu hanya untuk sebuah rumah kecil.
Oleh itu, ramai yang memilih untuk menyewa rumah khususnya bagi yang baru mula bekerja atau dalam proses menyimpan duit untuk membeli kediaman sendiri.
Ada juga segelintir yang menyewa rumah namun untuk dijadikan sebagai tempat menjana pendapatan contohnya membuat homestay, penyimpanan stok dan sebagainya.
Namun apa juga yang ingin dilakukan penyewa perlulah bersikap jujur dan memaklumkan kepada tuan rumah agar tiada perbalahan yang berlaku di kemudian hari.
Individu luah kecewa rumah disewa dijadikan sarang bitcoin
Baru-baru ini, seorang individu di media sosial telah meluahkan rasa kecewa apabila penyewa melakukan kerosakan pada rumahnya dan dijadikan sebagai sarang melombong bitcoin (mining farm) secara haram.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yoursoulskin di TikTok, awalnya dia menunjukkan keadaan rumah yang rosak dan bersepah dengan kotak-kotak terbuang.
Selain itu, turut kelihatan beberapa rak kosong tersusun di dalam sebuah bilik manakala di ruang tamu pula kelihatan kipas siling juga telah tercabut dan diletakkan di atas lantai.
Kebiasaannya rak-rak tersebut akan digunakan sebagai tempat meletakkan mesin dan server melombong bitcoin.
Terdapat beberapa barangan ditinggalkan oleh penyewa
Menurut tuan rumah itu, penyewa berkenaan telah menjadikan rumahnya sebagai sarang melombong bitcoin malah dia juga menunjukkan beberapa barangan lain seperti LAN kabel dan kipas penyejuk (miner cooling fan) terbuang milik individu berkenaan.
Kata tuan rumah itu dia menyewakan rumah berkenaan kerana ingin meringankan beban untuk bayaran bulanannya namun apa yang berlaku membuatkan dia tergamam.
“Ni rumah pertama aku beli, aku sewakan dengan niat nak ringankan bulanan, sekalinya penyewa jadikan rumah sewa aku sarang bitcoin.
“Hancur, remuk hati tengok keadaan rumah macam ni,” tulisnya dalam video berkenaan.
Di dalam kapsyen, tuan rumah menyatakan dia tidak akan melepaskan penyewa berkenaan malah mempunyai salinan kad pengenalan, serta perjanjian sewa rumah yang sudah dimatikan (stamping).
@yoursoulskin Kisah aku dan PENYEWA DARI NERAKA!!! Jangan ingat boleh terlepas sebab ic, stamping, perjanjian sewa semua ada! #penyewadarineraka #fypシ゚viral #viralmanjung #behindthescenes
♬ suara asli – Penyair Emosian – Penyair Emosian
Curi elektrik kerana mesin bitcoin perlu berfungsi 24 jam dan makan kos tinggi
Melihat di ruang komen ada yang menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sarang bitcoin, jelasnya kesalahan yang dilakukan oleh individu berkenaan adalah dia mencuri elektrik kerana mesin bitcoin terbabit perlu dipasang 24 jam dan memakan kos yang tinggi.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa sebelum terlihat video TikTok pihak Tenaga Berhad (TNB) yang membuat operasi di rumah sama yang disyaki mencuri elektrik untuk kerja-kerja melombong bitcoin.
Namun carian kami tidak menjumpai video yang dimaksudkan oleh individu berkenaan.
Tuan rumah boleh dikenakan tindakan
Difahamkan rumah berkenaan diserbu kerana penyewa mencuri elektrik bagi melombong mata wang crypto itu.
Namun menurut seorang netizen, perkara seperti itu boleh menyebabkan tuan rumah dikenakan tindakan disebabkan rumah dan bil elektrik adalah di bawah nama mereka.
Menurut tuan rumah, dia sebelum ini juga sentiasa membuat semakan bil elektrik menerusi atas talian namun tiada sesuatu yang pelik dapat dikesan.
Dia juga menjelaskan segala mesin bitcoin milik penyewa juga sudah dibawa keluar sewaktu operasi dibuat.

Dakwa tuan rumah lagi, satu bulan kos elektrik untuk mereka yang melakukan ‘mining bitcoin’ itu boleh mencecah kepada puluh dan ratusan ribu ringgit dan kerana itulah ramai yang bertindak untuk mencuri elektrik.
Perkara itu turut membuatkan ramai tuan rumah yang lain takut untuk menyewakan rumah mereka dan bersepan dengan perkara sama.
“Ini nampak video tiktok TNB buat ambush sarang bitcoin curi elektrik. Dugaan tuan rumah, tak pasal-pasal kena penalti”

“Sarang bitcoint tu apa?”

“Bersediakan dengan denda TNB. Penama bil kena sediakan banyak duit”
