fbpx
Now Reading
Lelaki Beri Kerusi Tepi Tingkap Kepada Makcik Pertama Kali Naik Flight Raih Pujian Ramai [Video]

Lelaki Beri Kerusi Tepi Tingkap Kepada Makcik Pertama Kali Naik Flight Raih Pujian Ramai [Video]

Lelaki terbabit menjelaskan dia yang sengaja mempelawa makcik tersebut dan bukan wanita itu yang meminta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika menaiki pesawat, tempat duduk di bahagian tepi tingkap pastinya menjadi pilihan ramai kerana dapat menikmati pemandangan dari sudut pandang mata (POV) burung melihat keindahan alam.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup membayar caj tambahan untuk menempah kerusi yang berada bersebelahan tingkap kapal terbang.

Menaiki pesawat bukanlah selalu bagi kebanyakan orang, jadi apa salahnya jika menambah sedikit wang untuk menikmati pemandangan di atas awan.

Lelaki pelawa makcik first time naik pesawat ambil tempat duduknya di tepi tingkap

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki mempelawa seorang wanita untuk menukar dan mengambil tempat duduknya yang bersebelahan tingkap dalam sebuah penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @kudykudy, lelaki terbabit menyatakan dia berbuat demikian kerana penerbangan itu adalah pengalaman pertama wanita berkenaan.

“Tukar tempat duduk tepi tingkap saya dengan (seorang) makcik yang pengalaman pertama kali naik pesawat. Keputusan yang terbaik yang saya buat,” tulisnya di dalam video.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mengingatkan dia akan pengalamannya ketika pertama kali menaiki pesawat dengan berada di kerusi bersebelahan tingkap.

@kudykudy

Enjoy ur flight cik ☺️✈️ . Acik ingatkan saya pengalaman pertama saya naik flight dengan seat tepi tingkap dulu heheheh . Comel je #langkawi #airasia #travel #kapalterbang

♬ Jaithep Raroengjai_Grandma Home – Gandul

Makcik terbabit tak minta, lelaki itu yang dahulu pelawa

Berkongsi lanjut, lelaki terbabit menjelaskan bahawa tempat duduk itu diberikan kepada wanita berkenaan bukanlah kerana dia meminta, sebaliknya atas pelawaannya.

“Siapa yang pernah pergi Langkawi mesti tahu lapangan terbang Langkawi macam mana, kalau nak naik pesawat kita akan lalu kawasan luar untuk naik ke kapal terbang.

“Jadi dari situ saya sudah perasan keluarga makcik ini ambil gambar banyak-banyak sementara nak naik kapal terbang, jadi saya syak mungkin ini kali pertama diorang naik pesawat ingin pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Taknak susahkan makcik dan pakcik untuk keluar, terus pelawa tukar tempat duduk

Menurutnya lagi, kebetulan pada waktu tersebut tempat duduk wanita berkenaan bersama suaminya adalah sebaris dengan kerusinya, tidak mahu menyusahkan kedua-dua individu terbabit untuk keluar, dia terus mempelawa makcik berkenaan untuk mengambil tempatnya yang bersebelahan tingkap.

“Masa di atas awan saya perasan makcik itu sangat teruja dan merakam pemandangan terbabit, saya rasa comel sangat dan sempat dia bagi saya satu coklat durian,” katanya lagi.

Lelaki berkenaan juga tidak menyangkan video tersebut mendapat perhatian ramai memandangkan konten terbabit hanya dimuat naiknya secara suka-suka sahaja.

Orang ramai pakat puji dan titip doa buat lelaki terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap tindakan lelaki terbabit kerana baik hati untuk memberi tempat duduk yang menjadi kegemaran ramai itu.

Ini kerana ada yang tidak sanggup untuk memberikan tempat duduk itu kepada orang yang tidak dikenali.

Tidak hanya itu, kebanyakan orang juga menitipkan doa agar lelaki berkenaan dipermudahkan urusan dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.