
“Macam Nak Masuk Asrama”- Sekumpulan Murid Bawa Bagasi Pergi Camping Tarik Perhatian [Video]
Berkongsi kisah di sebalik situasi tersebut, Chegudin mendedahkan setiap pelajar telah dimaklumkan bahawa lokasi tapak perkhemahan jauh daripada tempat mereka diturunkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi kebanyakan individu, perkhemahan merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain daripada dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi, ia juga mengajar seseorang tentang kemahiran untuk hidup.
Oleh sebab itu, aktiviti perkhemahan sudah pun dilaksanakan sejak di bangku sekolah rendah lagi menerusi aktiviti badan beruniform antaranya seperti Pandu Puteri dan Pengakap.
Apabila pergi berkhemah, sudah pastinya individu akan membawa segala peralatan untuk digunakan dalam tempoh tersebut.
Bagi memudahkan barang untuk dibawa, seseorang itu pasti akan menggunakan beg yang sesuai seperti beg perkhemahan.
Peserta Perkhemahan Bawa Bagasi Pergi Berkhemah
Namun, berbeza pula dengan kebanyakan peserta cilik sebuah perkhemahan apabila kebanyakannya membawa bagasi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @chegudin, kelihatan beberapa pelajar sekolah rendah yang kesemuanya berpakaian pengakap telah datang ke satu tapak perkhemahan berhampiran pantai.
Apa yang menjadi perhatian adalah majoriti peserta perkhemahan itu membawa bagasi yang biasanya dibawa untuk pergi bercuti.
“Style sekarang ini, pergi camping bawa beg tarik je,” tulis pemilik video berkenaan.
@chegudin style sekarang ni gi camping bawa beg tarik je ey 🫡😁 #pengakap #pengakapmalaysia #pengakapkanakkanak #thanksforwatching #perkhemahan #mersing #tiramduku #gurudanmurid #xyzbca #fyp #fypシ
♬ Nujum Pak Belalang – Yan-SBR
Lokasi Tapak Perkhemahan Jauh Dari Tempat Diturunkan
Berkongsi kisah di sebalik situasi tersebut, Chegudin mendedahkan setiap pelajar telah dimaklumkan bahawa lokasi tapak perkhemahan jauh daripada tempat mereka diturunkan.
Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa pelajar itu menyediakan beg bagasi bagi memudahkan pergerakan kanak-kanak tersebut.
Malah, perkhemahan itu bukanlah diadakan di kawasan hutan namun ia dilakukan di kawasan tepi pantai.
Jelas Chegudin lagi, tiada isu khemah sempit memandangkan khemah yang disediakan mampu memuat lapan orang dewasa dan hanya empat orang murid sahaja yang menduduki satu khemah berkenaan pada ketika itu.
Video Buat Pengguna Media Sosial Imbau Kenangan Lalu
Video yang telah mendapat tontonan lebih 700 ribu itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan.
Malah, majoritinya turut mengimbau zaman persekolahan masing-masing apabila ada di antara mereka terkenangkan beg yang dibawa ketika menyertai aktiviti perkhemahan sekolah pada masa lalu.
Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang mengakui turut melakukan perkara sama seperti kanak-kanak berkenaan apabila membawa bagasi ke perkhemahan.
Ini kerana mereka berpendapat dengan melakukan sedemikian, ia memudahkan pergerakan mereka.
Berikut antara komen warganet:
“Acik Dulu Ikut Musim Dik, Sekejap Garfield, Sekejap Billabong, Sekejap Quicksilver”

“Kita Geng Beg Garfield Silinder”

“Dah Ajar Anak Saudara Awal-Awal Bawa Beg Tarik, Mudah. Dulu-Dulu Tak De Pilihan Bawa Je Beg Garfield”

“Aku Pun Bawa Bagasi, Senang Weh, Tak Yah Berangkut Banyak Beg”

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Pelajar Sertai Program ‘Burung Hantu’ Sewaktu Perkhemahan Di Sekolah Buat Ramai Terhibur [Video]