“Sikit Lagi Mati Katak” – Rider Nyaris Dilanggar Kereta Selepas Bawa Lari Bekas Duit Jualan Gerai [Video]
Melalui video tersebut, dapat dilihat tiada pelanggan atau peniaga yang berada di bahagian hadapan gerai itu dan memudahkan lagi aktiviti tidak bertanggungjawab rider terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu seringkali dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka dalam menjaga barang berharga atau wang ringgit.
Ini kerana ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab boleh mengambil kesempatan dan mencuri barang tersebut.
Perbuatan ini bukan sahaja berlaku di luar malah ia juga boleh terjadi di tempat yang dirasakan selamat oleh seseorang.
Ambil Bekas Duit Dari Sebuah Gerai
Begitulah yang berlaku dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan di akaun X @update11111, kelihatan seorang lelaki yang menggunakan motosikal penghantar makanan mengambil objek dipercayai bekas duit jualan di sebuah gerai yang tidak diketahui lokasinya.
Melalui video rakaman kamera litar tutup (CCTV) tersebut, pada mulanya dapat dilihat tiada pelanggan atau peniaga yang berada di bahagian hadapan gerai itu. Keadaan ini dilihat memudahkan lagi aktiviti tidak bertanggungjawab lelaki terbabit.
Dia yang dipercayai penghantar makanan itu dengan mudahnya terus mengambil bekas berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikalnya.
Dikejar Beberapa Orang Wanita, Nyaris Dilanggar Ketika Buat U-Turn
Menyedari tindakan rider terbabit, kedengaran suara seorang wanita menjerit bagi memberi amaran kepada orang ramai tentang perbuatan rider terbabit.
Namun cubaan dua wanita untuk mengejar lelaki berkenaan tidak berjaya kerana dia lebih pantas meloloskan diri.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah penunggang motosikal itu nyaris dilanggar oleh sebuah kenderaan serba guna (MPV) ketika mahu melarikan diri sebelum dia terus memecut laju meninggalkan gerai tersebut.
Melalui video itu juga, kedengaran seorang wanita berkata sesuatu sebagai peringatan kepada wanita lain agar tidak meletakkan bekas wang tersebut di situ.
“Kan sudah cakap duit jangan diletakkan disini,” katanya.
Sikit lagi nk ajal klau tidak kene langar kete putih tu.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 30, 2024
(Tiada info lokasi kejadian) pic.twitter.com/otXFxj1iom
Pengguna Media Sosial Kecam Perbuatan Tidak Bertanggungjawab Rider
Video CCTV bertarikh 30 Julai 2024 yang turut dikongsikan di platform media sosial seperti Instagram turut menarik perhatian pengguna yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan. Ada juga yang merasakan dia bernasib baik kerana tidak ditimpa musibah ketika membuat perkara tidak baik.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan motif dia berbuat demikian walhal dia sudah mempunyai pekerjaan yang baik sebagai penghantar makanan.
Namun, ada juga pengguna media sosial yang percaya lelaki terbabit hanyalah ‘bermain wayang’ atau menyamar yang kononnya dia seorang penghantar makanan demi mengaburi niat jahatnya.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Orang Kerja Penat-Penat Bukan Suruh Kau Curi, Hasil Titik Peluh Orang Macam Tu Je Kau Rembat”
“Nasib Tak Kena Langgar Dengan Toyota Estima, Allah Nak Bayar Cash Je”
“Memang Niat Nak Samun Tu, Pakai Bag Tu Wayang Je”
Baca Artikel Berkaitan: Terpalit Isu Lelaki Tuduh Rider Curi Air, Bateriku & 15 Rider FoodPanda Dianiaya Jadi Mangsa Tempahan Palsu
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tuduh Rider Grab Curi Air Mohon Maaf, Letak Jawatan Di Syarikat Tempat Dia Bekerja