
[Video] Atlet Renang Olimpik Muntah 10 Kali Lepas Berenang Di Sungai Seine, Paris
Tyler Mislawchuk berkata dia tidak menyesal berenang di dalam Sungai Seine meskipun telah muntah beberapa kali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemilihan Sungai Seine di Paris, Perancis sebagai lokasi untuk acara berenang bagi kategori marathon dan triatlon telah mencetuskan kontroversi masyarakat berikutan tahap kualiti kebersihannya.
Ia menjadi semakin membimbangkan apabila masyarakat tempatan di sana melakukan protes dengan membuang air besar beramai-ramai di Sungai Seine sambil melakukan kempen di media sosial dengan #JeChieDansLaSeine yang bermaksud ‘SayaBerakDiSeine’.
Protes itu dilakukan selepas mereka tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo yang membelanjakan wang terlalu banyak bagi membersihkan sungai berkenaan sehingga mengabaikan dana untuk kebajikan rakyat.
Atlet Perenang Olimpik Paris 2024 Muntah Selepas Selesai Acara Renang Di Sungai Seine
Baru-baru ini, seorang peserta renang kategori triathlon dari Kanada iaitu Tyler Mislawchuk dipercayai telah muntah sejurus selesai berenang di Sungai Seine.
Peserta berusia 29 tahun itu yang berjaya menghabiskan acara triathlon melibatkan aktiviti berbasikal sejauh 40km, larian 10km dan berenang 1.5km di Sungai Seine secara tidak sengaja dirakam oleh jurukamera stesen televisyen BBC ketika sedang muntah.
Mislawchuk memberitahu kepada pemberita bahawa dia telah muntah sebanyak 10 kali dan tidak menyesali perkara yang dilakukannya selepas berjaya mendapat tempat ke-9 dalam acara berkenaan.
Saya tak datang ke sini untuk jadi Top 10 tapi saya dah cuba yang terbaik. Saya muntah 10 kali dan saya tidak menyesalinya.
Tyler Mislawchuk.
Dalam rakaman tersebut yang telah dimuat naik semula di laman (@Germaarig), beberapa atlet perenang lain yang berjaya menghabiskan acara tersebut juga dilihat terbaring di atas lantai.
Olympic triathletes vomited after swimming in the Seine — the main river in Paris is teeming with E. coli.
— Tay Keith 🇷🇺 (@Germaarig) July 31, 2024
Ekaterina Shabalina, who competed for the Kazakh national team, said that during the swim she felt like she was hit on the head, after which she choked on river water. pic.twitter.com/1UhxMQVKJk
Atlet Olimpik Pertama Kali Berenang Di Sungai Seine Dalam Tempoh 124 Tahun
Sebelum ini, Yahoo! Sports melaporkan bahawa Sungai Seine buat pertama kalinya menjadi lokasi acara renang untuk Sukan Olimpik 2024 selepas tempoh 124 tahun.
Pihak penganjur juga telah melakukan proses pembersihan sungai berkenaan selepas isu kebersihan lokasi itu menjadi perhatian orang ramai terutamanya dari segi kesihatan.
Namun untuk merealisasikannya tidak mudah apabila negara tuan rumah terpaksa menghabiskan masa selama enam tahun dan memakan belanja sebanyak RM6.8 bilion bagi kos merawat air dan lain-lain.

Tahap Keselamatan Dan Kebersihan Di Sungai Seine
Sehingga Jun lalu, peratusan bakteria E.coli dalam Sungai Seine telah meningkat sebanyak 10 kali ganda lebih tinggi daripada paras yang diterima oleh persekutuan sukan.
Keadaan itu menyebabkan banyak acara yang dipertandingkan di sungai berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Memetik laporan Mirror UK, ujian air sungai yang dilakukan pada Rabu lalu (30 Julai) menunjukkan bahawa tahap bakteria dalam sungai dikatakan sudah berada pada paras selamat untuk digunakan oleh para perenang Sukan Olimpik 2024.
Baca Artikel Berkaitan: Sungai Seine Pertama Kali Jadi Lokasi Acara Renang Sukan Olimpik Sejak 124 Tahun, Orang Ramai Luah Rasa Loya Tekak