fbpx
Now Reading
“First Time Nampak!” – Aksi Wanita Ini Bawa Mi Segera Gergasi Dalam Tren Buat Ramai Tergamam [Video]

“First Time Nampak!” – Aksi Wanita Ini Bawa Mi Segera Gergasi Dalam Tren Buat Ramai Tergamam [Video]

Wanita dikenali sebagai Wani itu berkata, dia telah membeli Shin Ramyun saiz besar di Village Grocer, Tropicana Gardens.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu sudah pasti mempunyai hobi dan minat mereka tersendiri. Sebagai contoh, segelintir daripada anda suka mengumpul koleksi barangan kecil dan besar.

Kadangkala, ada juga individu yang memakai pakai saiz gergasi dan luar biasa kerana ingin membuat satu kelainan. Seperti sebelum ini, content creator dan influencer terkenal Malaysia iaitu Azfar Heri telah tampil dengan busana ‘Life-Size Shirt’.

Pakaian yang besar itu sekaligus menarik perhatian ramai semasa berlangsungnya acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) pada November lalu.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Aina Abdul” – Busana Azfar Heri Di KLFA 2023 Buat Netizen Terhibur


Wanita Teruja Lepas Beli Mi Segera Saiz Gergasi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@waniiiii) menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Wani dilihat membeli satu pek mi segera terkenal dari Korea Selatan iaitu Shin Ramyun sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah saiz mi segera tersebut. Bukan seperti saiz biasa yang anda selalu beli di pasaran tetapi Shin Ramyun saiz gergasi.

Jika anda tonton sendiri video tersebut, anda akan menyedari bahawa bungkusan cawan makanan itu melebihi paras troli biasa. Memang besar betul!

Sumber: TikTok (@waniiiii)

Jelas wanita berkenaan, dia telah membeli pek itu di Village Grocer, Tropicana Gardens Damansara dengan harga RM50 bagi setiap satu. Difahamkan, mi segera dengan jenis pembungkusan tersebut adalah terhad.

Di dalam bungkusan itu, terdapat banyak pek cawan mi segera bersaiz biasa, sesuai buat mereka yang mahu membuat stok di rumah.

@waniiiii

Dalam banyak-banyak hari, kenapa harini jugak masa tak drive la terjumpa benda macam ni 😭

♬ เสียงต้นฉบับ – 🦖 (ขวัญใจวัยรุ่น)

Penumpang MRT Beri Pelbagai Reaksi Muka

Wani yang dilihat berpuas hati dengan pembeliannya kemudian membawa pek besar berkenaan ke dalam tren MRT.

Seperti yang anda sangkakan, rata-rata penumpang dilihat memberikan pelbagai reaksi muka. Ada yang dilihat membuat reaksi muka yang pelik, tergelak dan juga terkejut.

“Dalam banyak-banyak hari, kenapa hari ini juga. Masa tak drive la terjumpa benda macam ni,” kata wanita tersebut di ruangan kapsyen.

Sumber: TikTok (@waniiiii)

Orang Ramai Terhibur Wani Beli Shin Ramyun Saiz Besar

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terhibur dengan aksi Wani yang bersahaja membeli makanan saiz besar.

“Kau ni memang aneh-aneh je ya,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga cuit hati melihat reaksi penumpang tren pada waktu kejadian.

“Budak tu (yang tutup mulut) Shik Shak Shok,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai individu dilihat berminat dengan Shin Ramyun tersebut dan ingin membelinya sebelum kehabisan stok.

“Beli mana ni? Aku perlu sangat (Shin Ramyun) ni,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@waniiiii)

Wani Selalu Kumpul Barangan Saiz Luar Biasa

Menerusi semakan kami, Wani sebelum ini sering memuat naik video menunjukkan dirinya membeli dan mendapat barangan bersaiz besar. Sebagai contoh pen, ubat angin dan juga ‘ear buds’.

Mungkin buat koleksi barangan besar ini adalah hobinya?

@waniiiii

ya allah korangggg, kita asyik jumpa barang saiz luar biasa 😭😭😭

♬ original sound – waniiiii
@waniiiii

Ya allah aku la kannnnnnn lagi sekali tak expect 😭😭🤣🤣

♬ original sound – waniiiii
@waniiiii

unexpected betul 😭😭

♬ original sound – waniiiii

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Boleh Bawa Kucing Ke Majlis Kahwin, Keluarga Cetak Potret Si Bulus Bersaiz Besar Untuk Sesi Photoshoot

Baca Artikel Berkaitan: Ayam Belaan Hasilkan Telur Bersaiz Gergasi, Tak Sangka Isi Di Dalam Rupanya…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.