Rezeki Tak Disangka, Wanita Terharu Dapat Hadiah Daripada Pasangan Suami Isteri Buat Anak [Video]
Hanim menjelaskan anaknya yang kecil menangis kerana mahukan mainan namun dia tidak menuruti permintaan kerana mahu mengajar anaknya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai manusia, ada hari kita menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, ada ketikanya ia boleh menjadi luar biasa apabila mendapat rezeki yang tidak disangka.
Rezeki boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk di mana salah satunya adalah daripada kebaikan orang sekeliling.
Dapat Hadiah Mainan Untuk Anak Daripada Pasangan Suami Isteri
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @teacherhanimsaujanautama, dia berkongsikan kisahnya yang mendapat hadiah daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di di Pusat Membeli Belah Setiawangsa.
Jelas pengguna yang dikenali sebagai Hanim, dia tidak menyangka akan mendapat hadiah ketika berkunjung ke pusat beli belah tersebut.
“Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pasangan suami isteri muda ini kerana bagi surprise gift dekat anak saya,” tulis Hanim menerusi video berkenaan.
Anak Menangis Nak Mainan, Enggan Belikan Kerana Mahu Ajar Anak
Berkongsi kisah itu lebih lanjut, Hanim menjelaskan anaknya yang kecil menangis kerana mahukan mainan. Namun, dia enggan menuruti permintaan anak kecilnya itu kerana mahu mengajarnya.
“Saya tengok harga, ya Allah, kesian awak beli mahal-mahal. Saya kalau keluar dengan anak-anak, yang kecil ini tak faham lagi, jadi dia akan minta belikan toys (mainan), saya tak beli.
“Sebab saya nak ajar dia untuk tidak meminta-minta bila di kedai mainan. Adiknya belum faham lagi. Saya akan belikan tapi ikut time (masa) juga bukan setiap kali keluar diorang boleh beli mainan.
“Saya ignore (buat tidak tahu) tadi anak saya yang kecil sekali ini menangis minta toys, tak perasan pula pasangan suami isteri ni perhatikan kami rupanya,” tulisnya lagi.
Hadiahkan Mainan Sempena Hari Jadi Sendiri
Jelas Hanim, dia tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup mengejar dia dan anak-anak semata-mata mahu memberi mainan tersebut.
Malah, Hanim turut mendedahkan dia pada mulanya salah faham dengan lelaki itu kerana menyangka dia mahu menjual permainan tersebut.
Namun, apa yang difikirkan salah apabila lelaki itu bertindak menyerahkan kotak mainan yang besar kepadanya.
“Bila kami keluar, adik ni kejar kami dan beri kotak besar ini pada saya. Saya pun tergamam sebab adik ni cakap ‘akak, hari ni hari jadi saya’. Saya masih blur-blur tak faham maksud adik ni apa.
“Saya ingatkan adik ni dia suruh beli barang dekat tangan dia sempena hari ini hari jadi dia. Adik ni terus cakap ‘akak hari ini hari jadi saya jadi saya nak bagi hadiah pada anak akak sebab saya kesian tengok dia anak akak nangis tadi’,” tulis Hanim Lagi.
Wanita Terharu, Doakan Pasangan Suami Isteri Dimurahkan Rezeki & Dikurniakan Anak
Terkejut dengan apa yang didengarnya, Hanim terus mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.
Terharu dengan perbuatan lelaki berkenaan, Hanim melalui hantaran itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada lelaki dan isterinya.
Malah, dia turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan agar pasangan suami isteri berkenaan dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak.
“Kalau awak nampak hantaran ini, saya nak ucapkan terima kasih pada insan yang pemurah seperti awak dan selamat hari jadi.
“Semoga dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan dalam setiap urusan serta dikurniakan anak (sebab saya nampak wife (isteri) awak belek baju baby dan cakap comelnya baby),” tulis Hanim.
Pengguna Media Sosial Turut Sama Doakan Rezeki Buat Pasangan Suami Isteri
Mengintai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial turut sama terharu dengan perkongsian itu.
Malah, rata-rata daripada mereka turut sama mendoakan kebaikan buat pasangan suami isteri yang pemurah itu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Baik Hatinya Si Pemberi, Mudah Lembut Hati Pada Kanak-Kanak, Semoga Dikurniakan Anak, Isteri Yang Baik & Sihat Sentiasa”
“Saya Pun Pernah, Anak Saya Nak Itu Ini, Saya Cakap Nanti Ada Duit Kita Beli, Lepas Tu Ada Kakak Ni Siap Dah Bayar & Datang Bagi Dekat Anak Saya”
“Semoga Dimurahkan Rezeki Pasangan Itu & Diberi Apa Yang Diorang Sangat Inginkan”
Baca Artikel Berkaitan: “Kakak Ingat Ayah Lupa Ke?” – Reaksi Anak Sulung Lihat Adik Dapat Hadiah Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Selfie Sendiri Selepas Menang Badminton Terima Hadiah Raket & Kasut Baharu [Video]