fbpx
Now Reading
Tular Warga Emas Main Bersama Di Pusat Jagaan Orang Tua Cuit Hati, Siap Ada Nak Jadi Sukarela! [Video]

Tular Warga Emas Main Bersama Di Pusat Jagaan Orang Tua Cuit Hati, Siap Ada Nak Jadi Sukarela! [Video]

Pusat jagaan orang tua dikenali sebagai Darul Hanan itu bertempat di Pulau Pinang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila berbicara tentang pusat jagaan orang tua, segelintir individu di luar sana masih beranggapan bahawa anak tidak sepatutnya menghantar ibu bapa ke sana. Hal ini kerana stereotaip negatif yang mana mereka dihantar selepas diabaikan oleh anak-anak.

Tetapi bukan semua kes seperti itu. Ramai juga ibu bapa yang mahu masuk ke pusat jagaan ini kerana bosan berada di rumah. Sebagai contoh, resort pusat jagaan warga emas dikenali sebagai Millennia Village menawarkan pengalaman seperti percutian.

Terdapat kolam mandi, bufet, gim dan banyak lagi. Memang sesuai buat mereka yang tiada rancangan lain selepas bersara nanti.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Vila Percutian!” – Pusat Jagaan Warga Emas Moden Di Seremban Curi Perhatian


Sekumpulan Warga Emas Main ‘Ping Pong’ Di Pusat Jagaan Orang Tua

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@darulhanan) menyaksikan aktiviti yang dilakukan oleh warga emas di Pusat Jagaan Darul Hanan, Pulau Pinang.

Menerusi video itu, kelihatan dua orang nenek sedang meluangkan masa bersama dengan bermain permainan seakan-akan Ping Pong (tenis meja) di pusat jagaan berkenaan.

Walaupun sudah lanjut usia, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berseronok bersama rakan yang lain ketika usia sudah lanjut. Permainan itu kelihatan ‘simple’ tetapi besar nilainya kerana dapat menggembirakan hati warga emas di sana.

“Umpama masuk kolej di usia senja. Memori bersama rakan sebaya,” kata pihak Darul Hanan.

Aktiviti tersebut dianjurkan buat individu yang berasa kesunyian. Dengan cara itu, mereka dapat menghabiskan masa dan mengelakkan rasa bosan para warga emas dengan melakukan perkara yang berfaedah.

“Sunyi jika seorang diri di rumah. Darul Hanan sediakan pelbagai aktiviti untuk elakkan pemikiran merosot sebelum waktunya,” kata pengendali akaun di ruangan kapsyen.

@darulhanan

Sunyi jika seorang diri di rumah. Darul Hanan sediakan pelbagai aktiviti untuk elakkan pemikiran merosot sebelum waktunya #tiktokviral #fypシ #love #peace #darulhananpulaupinang #care

♬ SITI NURHALIZA_Bukan cinta biasa – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Orang Ramai Sebak Lihat Warga Emas Bermain

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga dilihat sebak melihat situasi tersebut kerana terkenangkan ibu bapa yang sudah pergi.

“Tengok acik-acik ni, teringat arwah mak saya,” kata seorang individu.

Malah segelintir individu meluahkan hasrat untuk menetap di sana apabila sudah tua nanti.

“Rasanya dah boleh survey untuk duduk (tinggal) bila tua-tua nanti ni,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti sukarelawan di sana.

“Maaf tanya kalau kita nak pergi tolong bantu buat kerja sukarela sambil melayan makcik-makcik dekat sini boleh ke?” tanya seorang wanita.

Menjawab kepada persoalan itu, pihak Darul Hanan berkata individu yang berhasrat untuk membantu amat dialu-alukan.

Sumber: TikTok (@darulhanan)

Maklumat Tentang Pusat Jagaan Darul Hanan

Untuk info, pusat jagaan orang tua berkenaan terbuka buat golongan lelaki dan wanita yang berumur 57 tahun ke atas.

Mereka yang teringin untuk memberikan sumbangan juga boleh berbuat demikian. Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempat itu, anda boleh hubungi Pengurus Darul Hanan Siti Sarah Yahaya di talian 019-4112884 atau e-mel darulhananpenang@gmail.com

Lokasi: Lot 2695, Mukim, 6, Jln Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Penang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.