“MC 120 Hari”- Bos Beri Anugerah Kepada Pekerja Yang Selalu Ambil Cuti Sakit Raih Perhatian Ramai [Video]
Walau bagaimanapun, video anugerah pekerja dengan cuti sakit paling banyak itu hanyalah sekadar konten semata-mata.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap syarikat pastinya memberikan kemudahan serta hak seperti cuti sakit kepada pekerja yang memerlukan.
Ini kerana, seseorang pekerja yang tidak berkemampuan untuk bekerja disebabkan sakit perlu mendapatkan pengesahan berupa sijil cuti sakit (medical certificate) daripada doktor untuk berehat.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir daripada pekerja yang menggunakan kemudahan ini sebagai salah satu alasan untuk tidak bekerja dan menggunakannya terlalu kerap sehingga menimbulkan keraguan kepada syarikat.
Beri anugerah kepada pekerja yang paling banyak MC
Namun berbeza dengan sebuah syarikat ini apabila tular video mereka memberikan anugerah kepada para pekerja yang mempunyai jumlah cuti sakit yang paling banyak dalam masa setahun.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Boss Dee di TikTok, awalya kelihatan mereka seperti berada di sebuah majlis penyampaian anugerah untuk para pekerja bagi tahun 2024.
Tempat ketiga cuti sakit selama 120 hari, kedua 230 hari manakala tempat pertama cuti 365 hari
Dalam video tersebut difahamkan anugerah itu mempunyai tiga pemenang, dan pemenang ketiga dengan jumlah cuti sakit sebanyak 120 hari, manakala tempat kedua pula mempunyai jumlah cuti sakit sebanyak 230 hari setahun.
Apa yang mencuri perhatian apabila ‘pemenang’ tempat pertama pula mempunyai rekod cuti sakit selama 365 hari iaitu genap setahun.
Rupanya video sekadar konten semata-mata
Turut kedengaran kesemua pemenang mendapat sorakan daripada pekerja yang lain. Malah kelihatan wajah majikan syarikat mereka juga begitu gembira sewaktu memberikan anugerah tersebut.
Namun usah terlalu teruja kerana carian kami mendapati video berkenaan hanyalah satu konten semata-mata dan ia tidak dilakukan secara betul-betul.
Perkara itu turut diakui oleh Boss Dee menerusi satu jawapan balas di ruangan komen.
Bukan hanya itu, dalam majlis anugerah itu mereka juga turut membuat replika cek wang tunai bernilai RM10,000 kepada pekerja yang boleh dituntut di ‘Meebank’.
Dalam beberapa video lain, Boss Dee turut dilihat suka bergurau dengan melakukan pelbagai POV berkaitan majikan dan pekerja.
Malah di ruangan komen, dia juga sempat berseloroh apabila mengatakan syarikat tersebut dikenali sebagai MC (cuti sakit) Marketing Sdn Bhd.
Ramai turut teruja dan terhibur apabila melihat adanya anugerah cuti sakit diberikan kepada pekerja.
Malah ada yang percaya video konten itu hanyalah untuk menyindir golongan pekerja yang suka mengambil MC.
Video tersebut turut menjadi tular di laman X dan mendapat perhatian ramai.
Pov: anugerah staff paling banyak mc 2024.
— ًِ (@bckupacc99) August 5, 2024
mujur hari anugerah ni dia tak mc 😅 pic.twitter.com/57b0mq3Hdq