Pengantin Nyaris Dilanggar Kereta Api Ketika Bergambar Di Guillemard Bridge [Video]
Menerusi video kedengaran keretapi tersebut membunyikan hon serta terpaksa bergerak perlahan sewaktu pengantin ingin beredar dari Gullemard Bridge tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pastinya ingin mencipta kenangan manis itu dengan mengambil gambar ‘post wedding’ bersama insan tercinta.
Malah mereka juga akan memilih tempat-tempat yang dirasakan sesuai untuk merakam hari bahagia. Oleh itu, ada yang memilih taman rekreasi, pantai, bangunan lama dan sebagainya.
Namun terdapat juga segelintir yang memilih kawasan yang ekstrim dan mungkin berbahaya demi mendapatkan gambar yang cantik.
Pasangan pengantin hampir dilanggar gara-gara bergambar di Guillemard Bridge
Perkara sama turut dilakukan oleh sepasang pengantin di Kelantan baru-baru ini sehingga hampir dilanggar dengan kereta api.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yahobravo di TikTok, awalnya kelihatan sepasang pengantin bersama seorang individu yang dipercayai jurukamera telah berkunjung ke Guillemard Bridge di Tanah Merah.
Mereka dipercayai ke jambatan berkenaan untuk merakamkan momen bahagia sebaik sah bergelar pasangan suami isteri.
Jurukamera berlari keluar selepas menyedari kereta api ingin melintas
Namun tidak lama kemudian kelihatan jurukamera berlari sambil memeluk begnya keluar dari kawasan jambatan berkenaan selepas menyedari kereta api ingin melalui kawasan itu.
Malah kereta api itu turut membunyikan hon yang panjang sebagai amaran untuk meminta mereka beredar dari kawasan terbabit.
Namun pasangan pengantin tersebut turut dilihat melangkah keluar dengan santai seolah-olah tren itu masih lagi jauh daripada kawasan itu.
Tidak lama kemudian kereta api itu muncul dalam keadaan perlahan malah dilihat berhenti seketika sewaktu ingin menunggu pasangan tersebut beredar dari kawasan terbabit.
Kedengaran jurukamera turut meminta mereka untuk berlari agar dapat beredar dari kawasan itu dengan cepat.
Video Di Sini
@yahobravo bahaya. #keretapi #keretapitanahmerah ♬ original sound – yahobravo
Ramai kritik tindakan pasangan pengantin bergambar di tempat bahaya
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan mereka bergambar di tempat itu tanpa merujuk kepada jadual perjalanan kereta api.
Malah ramai yang mengecam tindakan pengantin tersebut melambat-lambatkan pergerakan untuk beredar dari jambatan sehingga menyebabkan kereta api terpaksa berhenti.
Tidak kurang juga yang mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana telah menceroboh kawasan yang tidak sepatutnya.
Sebagai info Guillemard Bridge adalah jambatan kereta api terpanjang di Malaysia mula dibina pada 1924 dan sudah mencapai usia 100 tahun pada bulan lalu .
Jambatan ini sememangnya menjadi tarikan orang ramai namun tindakan bergambar di landasan itu adalah melanggar Akta Keretapi 1991.