“Hukumnya Haram” – Ustaz Bola Jelas Isu Hukum Suami Paksa Isteri-Isteri Tidur & Mandi Bersama [Video]
Menurut Tajdid Hadhari yang juga merupakan penyampai radio Zayan itu, perbuatan itu tidak dibenarkan walaupun mendapat keredaan salah seorang isteri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (5 Ogos), hangat di media sosial pendedahan dua orang wanita mengenai tabiat buruk bekas suami mereka.
Menurut dua orang wanita berkenaan yang juga merupakan bekas madu, lelaki itu sering menyuruh isteri-isteri untuk tidur dan mandi bersama.
Apa yang lebih teruk adalah mereka mendakwa hampir melakukan hubungan bersama di antara ketiga-tiganya.
Pendedahan itu nyata mengejutkan ramai pihak hingga ada yang tidak menyangka wujud keadaan sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: Dua Wanita Dedah Perangai Buruk Bekas Suami Ketika Bermadu, Dakwa Disuruh Tidur & Mandi Bersama
Hukum Paksa Isteri Tidur Bersama Madu Adalah Haram
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, penyampai radio Zayan FM Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola tampil memberi penjelasan berhubung isu yang sedang kecoh diperdebatkan.
Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya @tajdid_hadhari, dia menjelaskan hukum suami memaksa isteri untuk tidur dan mandi bersama madu adalah haram.
“Bila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh, hukumnya haram,” katanya.
Melihat Aurat Sesama Wanita Adalah Zina
Jelasnya lagi, perbuatan tersebut dinamakan sebagai Sihaq atau diibaratkan melihat aurat sesama wanita.
“Dalam hadis Riwayat At Tabrani, bagaimana perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq.
“Nabi Muhammad SAW bersabda, perbuatan sihaq ataupun melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu, hukumnya adalah zina.
“Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain.
“Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh hukumnya haram,” jelasnya.
Walaupun Isteri Reda, Ia Lambang Rendah Akhlak
Tajdid yang mengendalikan sesi Zayan Valet turut mengukuhkan lagi hujahnya dengan berkongsi pendapat daripada Ulama Ibnu Qudamah.
Menurut Tajdid, walaupun salah seorang isteri reda dengan perbuatan tersebut, perbuatan itu tidak dibenarkan.
“Pendapat ulama Ibnu Qudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami itu tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berjimak, sedangkan satu lagi melihatnya, itu tidak dibenarkan.
“Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh sekalipun reda keduanya.
“Namun, jika dalam rumah yang sama, tapi bilik berbeza makan dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu (setiap isteri) sama,” katanya.
Pada masa yang sama, Ustaz Bola turut menitipkan pesanan buat suami isteri agar sentiasa menjaga adab dan tidak terlalu mengikut budaya barat.
“Jadi janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang bukan budaya kita, bahkan ia melambangkan kehinaan.
“Walaupun kedua-duanya isteri kepada seorang suami, tapi perlu dijaga adab,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: