Rupanya Ramai Yang Baru Tahu Replika Pesawat Di Lapangan Terbang Senai Bergerak 360 Darjah [Video]
Jelas Apis meskipun sudah lama menetap di Johor Bharu namun dia baru mengetahui bahawa replika kapal terbang itu sebenarnya berpusing.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila tinggal di sesuatu tempat atau kawasan pasti anda mengenali setiap bangunan, mercu tanda atau replika yang berada di kawasan berkenaan.
Ini kerana, kekerapan anda melihatnya sewaktu melalui jalan berdekatan bangunan tersebut membuatkan ia mudah untuk diingati.
Namun adakalanya ada sesuatu perkara yang baru disedari meskipun sering melihat kawasan berkenaan dan perkara itu pastinya membuatkan anda teruja.
Lelaki teruja lihat replika kapal terbang bergerak
Perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki apabila dia baru menyedari sebuah replika kapal terbang yang berada di Lapangan Terbang Senai, Johor itu sebenarnya bergerak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Apis Azmi di TikTok, awalnya dia menunjukkan sebuah replika pesawat pada menara jam di lapangan terbang berkenaan.
Sudah lama tinggal di Johor tapi baru tahu replika pesawat sebenarnya bergerak
Ujarnya selama tinggal di Johor Bharu dia baru menyedari bahawa pesawat tersebut sebenarnya berpusing dalam kadar yang perlahan.
“Seumur hidup aku dekat Johor Bharu ni, baru aku tahu yang replika kapal terbang dekat Senai Airport ni sebenarnya bergerak.
“Dia bergerak perlahan-lahan, kalau tak percaya ha ni aku belanja ‘time-lapse’ ni,” katanya dalam video tersebut.
Dalam video yang dikongsikan oleh Apis turut kelihatan replika kapal terbang berwarna seperti bendera negeri Johor itu berpusing 360 darjah pada setiap masa.
Malah pada replika pesawat tersebut turut tertulis nama negeri Johor.
Ramai juga yang baru tahu replika kapal terbang sebenarnya bergerak
Melihat di ruangan komen, rupanya terdapat rakyat dan penduduk negeri Johor yang juga baru mengetahui berhubung perkara tersebut sebaik menonton video berkenaan.
Malah ada juga yang mengatakan pada waktu malam lampu pada replika itu juga bertukar warna.
Ada juga yang mendakwa replika tersebut sebelum ini tidak bergerak namun selepas di tambah baik ia mula berpusing. Namun ada yang menafikannya dan mendakwa ia sudah berfungsi seperti itu sejak mula dibina.