fbpx
Now Reading
“Tersasul Dimaafkan Allah” – Mohd Khairuddin Ulas Isu Zahid Hamidi Terlaung ‘Hidup Israel’

“Tersasul Dimaafkan Allah” – Mohd Khairuddin Ulas Isu Zahid Hamidi Terlaung ‘Hidup Israel’

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri itu berkata, malangnya kesilapan itu dijadikan modal oleh ahli politik yang rendah akhlaknya dengan mempersendakan ucapan terbabit di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tersasul menyeru nama Isreal ketika ingin menyebut Palestin semasa sedang berucap dalam Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil kelmarin (4 Ogos).

Klip video semasa perkara itu berlaku telah tular di media sosial sekali gus meraih perhatian dan pandangan ramai pihak.

Tersasul ketika berucap atau berkata-kata dimaafkan Allah SWT

Susulan itu, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan hukum tersasul ketika berucap atau berkata-kata tanpa sebarang niat yang disengajakan adalah dimaafkan Allah SWT.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Khairuddin berkata, kesilapan yang sering dilakukan oleh manusia itu terdapat dalam firman Allah SWT.

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan tiada kesalahan ke atas kamu pada apa yang kamu tersilap tetapi (yang salah) ialah apa yang disengajakan oleh hati kamu. Dan adalah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-Ahzab, ayat 5

Ujarnya, dalam sebuah hadis Nabi Muhamad SAW, Baginda menjelaskan tentang seorang hamba yang terlalu dan teramat gembira menemui kembali untanya yang hilang sehingga tersasul ketika bersyukur.

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Ya Allah! Kamulah hambaku dan akulah Tuhanmu”, dia tersilap (tersasul) kerana terlampau gembira.”

Hadis riwayat Muslim nombor 2747

Kata Mohd Khairuddin, kegembiraan yang amat sangat menjadikan si hamba tersasul menyebut perkataan yang pada zahirnya menjadikan dirinya kufur sedangkan niatnya ialah bersyukur kepada Allah.

Tersasul boleh berlaku apabila sesuatu keadaan menguasai hati dan perasaan

Menurutnya lagi, hadis berkenaan menjelaskan bagaimana tersasul boleh berlaku apabila sesuatu keadaan menguasai hati dan perasaan sehingga di saat itu lidah tidak terkawal dalam berkata-kata.

Katanya, perasaan terlalu gembira dengan nikmati menjadikan lidahnya tidak terkawal mendahului perasaannya sehingga menyebut perkataan terbalik iaitu Tuhan adalah hamba dan dirinya pula sebagai Tuhan.

Laungan ‘hidup Israel’ adalah kesilapan dalam keghairahan mendukung Palestin

Mohd Khairuddin kemudiannya mengaitkan perkara itu dengan apa yang berlaku kepada Zahid pada baru-baru ini.

“Merujuk kepada pidato Ahmad Zahid dalam Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad yang tersasul menyebut ‘Hidup Israel’ merupakan kesilapan yang berlaku dalam keghairahan dan semangat mendukung Palestin dan menentang rejim haram Israel.

“Malah berulang kali sebelum dan selepasnya beliau menyebut kata-kata yang tepat iaitu ‘Hidup Palestin, Hancur Israel’.

“Kesilapan tersebut termasuk dalam kategori kesilapan yang dimaafkan oleh ALLAH dan tidak diambil kira dalam catatan amalan sebagaimana Hadis Nabi SAW yang bermaksud sesungguhnya ALLAH menggugurkan daripada umatku kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atas dirinya (Hadis Ibnu Majah nombor 2045, dinilai sahih oleh al-Albaani),” katanya lagi.

Kesilapan Zahid dijadikan modal ahli politik rendah akhlak?

Jelasnya, bagaimanapun malangnya kesilapan itu dijadikan modal oleh ahli politik yang rendah akhlaknya dengan mempersendakan ucapan terbabit di media sosial.

“Sedangkan dalam masa yang sama kita juga mendengar beberapa pimpinan politik lain juga turut tersasul ketika berucap.

“Seperti yang berlaku kepada Menteri Besar Kelantan tersasul ketika berucap di Nenggiri dengan menyebut ‘Pas adalah Bersatu dan Bersatu adalah DAP’.

“Begitu juga pernah berlaku seorang pimpinan Dewan Ulamak Pas yang tersasul mendoakan kemusnahan Perikatan Nasional ketika berdoa secara jamaei (beramai-ramai) dalam perhimpunan ramai.

“Marilah kita serikan pentas demokrasi politik negara kita dengan hiasan akhlak mulia meskipun kita berbeza,” katanya.

Zahid tampil mohon maaf, akui khilaf semasa berucap

Terdahulu, Zahid Hamidi tampil memohon maaf atas kekhilafannya semasa berucap dalam perhimpunan berkenaan.

Mesikupun tidak menjelaskan punca permohonan maaf itu dibuat, ramai percaya ia ada kaitan dengan perkataan ‘hidup Israel’ yang dilaungnya.

Semasa berucap, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tersasul menyebut perkataan Israel sebanyak dua kali.

‘Insya-Allah rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus memberikan dokongan kepada perjuangan rakyat Israel,’ dan ‘Hidup Israel’.

Turut kedengaran suara orang ramai yang memperbetulkan ucapannya itu dengan menjerit ‘Palestin! Palestin!’.

Baca Artikel Berkaitan: Laungan ‘Hidup Israel’: Zahid Hamidi Mohon Maaf, Akui Terkhilaf [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.