fbpx

“Terus Masuk Neraka” – Mati Ketika Lumba Haram Ibarat Bunuh Diri, Kata Ustaz Azhar Idrus [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum tersebut bergantung kepada situasi yang dialami oleh penunggang motosikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, penunggang motosikal menjadi penyumbang tertinggi kepada statistik kematian akibat kemalangan jalan raya.

Sebanyak 9,854 kematian direkodkan sepanjang tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2021 hingga Ogos 2023.

Tidak semua, namun sikap segelintir penunggang menjadi antara punca yang menyumbang kepada statistik kematian tersebut. Antara kumpulan yang sering dikaitkan dengan perkara ini adalah pemabuk dan geng mat rempit yang cukup terkenal bermaharajalela di atas jalan raya.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka sukar untuk mematuhi undang-undang jalan raya selain gemar melakukan aksi berbahaya hingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Lumba Motor Diibaratkan Seperti Bunuh Diri

Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebelum ini pernah memberi penjelasan tentang hukum seseorang meninggal dunia ketika berlumba motor.

Menurut UAI, hukum tersebut bergantung kepada situasi yang dialami oleh penunggang motosikal.

“Kalau dia berlumba motor di tempat memudaratkan nyawa dia, lebih kurang bunuh diri.

“Budak-budak kita sekarang berlumba, buang brek, tak pasang lampu malam, meniarap atas motosikal. Itu semua haram dan seperti bunuh diri, terus masuk neraka.

“Kalau dia berlumba dengan keadaan yang memakai kelengkapan, dengan tidak ada lori dan tidak ada apa (kenderaan lain), hanya ada jalan sahaja, hukumnya makruh.

“Setiap permainan yang bukan sunnah, hukumnya makruh,” katanya ketika menjawab persoalan tentang hukum meninggal ketika berlumba motor.

Permainan Lain Yang Berbahaya & Boleh Sebabkan Kematian Turut Jatuh Hukum Haram

Tambah UAI, selain berlumba secara tidak sah, hukum bermain permainan yang mendatangkan bahaya dan boleh menyebabkan kematian juga adalah haram.

“Kebanyakannya haram. Terjun bungee ramai dah mati. Tidak ada sesuatu kekuatan apa yang kita dapat. Kalau terjun bungee dapat seronok, bila seronok itu haram. Membahayakan.

Namun, sekiranya permainan itu sunnah dan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Kalau kita main silat, kita belajar taekwondo dan sebagainya untuk mempertahankan diri, tersilap kena lembing dan sebagainya, mati. Itu lain, itu tak kira bunuh diri, kerana di sana ada pengetahuan dapat membela diri,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: 1 Maut & 9 Cedera, Mat Rempit Kemalangan Ketika Berlumba Di Highway LEKAS [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Maut, Seorang Lagi Cedera Parah Ketika Lumba Haram Di Klang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.