fbpx
Now Reading
Atlet ‘Hot’ Paraguay Diusir Dari Perkampungan Olimpik, Didakwa Kerana Giat Bersosial & Pakai Baju Nipis

Atlet ‘Hot’ Paraguay Diusir Dari Perkampungan Olimpik, Didakwa Kerana Giat Bersosial & Pakai Baju Nipis

Menurut pegawai Jawatankuasa Olimpik Paraguay, keputusan untuk menghalaunya keluar adalah kerana Luana Alonso mencetuskan ‘gangguan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Acara Sukan Olimpik Paris 2024 telahpun memasuki hari yang ke-13 pada hari ini (7 ogos) di mana masih berbaki beberapa acara lagi sebelum temasya terulung itu melabuhkan tirainya.

Kebanyakan atlet kini sedang menunggu upacara penutup Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 11 Ogos ini sebelum pulang semula ke negara masing-masing.

Atlet wanita Paraguay dihalau dari Perkampungan Atlet

Pun begitu, lain pula dengan nasib yang dilalui oleh seorang atlet ‘hot’ dari Paraguay ini apabila dia dilaporkan diusir dari Perkampungan Atlet selepas didakwa mengganggu atlet lain dengan pakaiannya yang nipis selain dia terlalu bersosial.

Perenang wanita Paraguay yang dikenali sebagai Luana Alonso itu diarah untuk meninggalkan perkampungan berkenaan selepas seorang pegawai menyatakan dia telah mencipta ‘suasana yang tidak selesa’ menerusi tingkah lakunya.

Memetik Berita Harian, Alonso, 20, yang tewas acaranya pada hari pertama pertandingan dilihat bersiar-siar dengan pilihan bajunya sendiri seolah-olah sedang bercuti dan tidak memakai pakaian rasmi yang disediakan untuk kontinjen Paraguay.

COP larang Alonso bergaul dengan atlet lain kerana tingkah lakunya cetus ‘gangguan’

Pegawai Jawatankuasa Olimpik Paraguay (COP) mengambil keputusan untuk melarangnya daripada bergaul dengan ahli pasukan lain selepas dimaklumkan mengenai tingkah lakunya yang dikatakan mencetus ‘gangguan’.

Keputusan untuk menghalaunya keluar adalah disebabkan kemarahan COP dan dia diberitahu supaya menginap di hotel dan tidak berkongsi penginapan di Perkampungan Atlet yang mana mereka boleh berehat sambil menunggu acara berikutnya.

Alonso melawat tempat-tempat pelancongan di Paris, dah macam pelancong

Ketika berada di Paris, dia dilihat melawat Euro Disney bergambar dengan sepasang Mickey Mouse di telingannya di depan istana Magic Kingdom.

Foto: Instagram/Luana Alonso

Selain itu, dia juga telah banyak mengunjungi banyak kedai dan muzium yang menjadi destinasi popular di ibu negara Perancis itu.

Alonso yang tidak ubah gaya seperti seorang pelancong dan bukannya atlet itu juga melawat kedai roti terulung Perancis, Laduree, menyiarkan gambar kek macaroonnya yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Dia turut menikmati beberapa terapi mahal di kedai utama pereka pakaian Yves Saint Laurent di Champs Elysee dan di seberang jalan ke ibu pejabat rumah fesyen Louis Vuitton.

Ke semua momen-momen indah ini dikongsikannya di Instagram Story akaun miliknya.

Foto: Instagram/Luana Alonso

Walau bagaimanapun, Alonso menafikan yang dia ditendang keluar dari Perkampungan Atlet.

Memetik Unilad, dia meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat yang tidak benar itu.

“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan, tetapi saya tidak akan membenarkan penipuan memberi kesan terhadap saya,” katanya.

Untuk info, Alonso mengumumkan persaraannya daripada sukan itu selepas gagal layak ke separuh akhir dalam saringan acara kuak kupu-kupu dan kini sudahpun pulang ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajiannya di university di Texas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.