fbpx

“Bill Gates & Elon Musk Jaga Anak Ke?”- Topik Kaum Ibu Atau Bapa Yang Patut Urus Anak Jadi Perdebatan [Video]

Pendapat yang dilontarkan lelaki itu berhubung tugas menjaga anak bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dikalangan orang ramai yang bersetuju dan tidak bersetuju dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang dikurniakan zuriat pasti ingin menjaga anak mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Namun pelbagai pendapat akan timbul apabila membincangkan mengenai peranan dan tanggungjawab menjaga anak.

Ada yang berpendapat ia adalah tugas wanita, ada juga merasakan ia sepatutnya menjadi tugas lelaki. Terdapat juga yang menyifatkan tugas menjaga anak adalah tanggungjawab bersama dan ia perlu dilakukan oleh suami mahupun isteri.

Tular lelaki beri pendapat mengenai jaga anak

Namun baru-baru ini, tular satu video stich yang dimuat naik seorang lelaki sebagai respon terhadap sebuah rakaman podcast di Syok mengenai tanggungjawab menjaga anak.

Menerusi video podcast berkenaan, seorang penyanyi yang dikenali sebagai Takaharasuiko mengatakan terdapat segelintir para lelaki yang ingin mempunyai anak namun tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Ini dilihat apabila kebanyakan anak-anak dijaga dan diuruskan oleh para isteri atau ibu berbanding bapa.

@syoksyoksyok

Memang wujud sesetengah lelaki yang biar je isteri dia jaga anak kat rumah sedangkan dia pulak suka hati je lepak dengan member sampai malam buta! Banyak lagi yang dikongsikan oleh Taka dalam PomPuan episod 7 👏 #syok #syokpodcast #POMPUAN #takaharasuiko #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – SYOK – SYOK

Lelaki ada tanggungjawab untuk cari rezeki, bezakan dengan orang terkaya di dunia

Mempunyai pendapat yang berbeza dengan penyanyi berkenaan, lelaki itu kemudian berpendapat bahawa lelaki mempunyai tanggungjawab untuk mencari rezeki agar dapat memberikan keperluan secukupnya untuk keluarga.

“Lihat di mana lelaki yang sepatutnya melakukan perkara penting. Bill Gates jaga anak dia ke? Elon Musk jaga anak dia ke? Awak lihat dekat billionare di Malaysia, siapa yang jaga anak dia?

“Awak lihat pada mana-mana lelaki yang sudah mencapai segala perkara penting, sesuatu yang besar (kejayaan) apa semua tu. Mereka memang tak jaga anak, kerja mereka berperang (cari rezeki) dekat luar.

“Cari rezeki, pastikan keluarga tu ada duit, cukup segala-galanya supaya kehidupan isteri itu terjaga. Isteri boleh duduk di rumah luangkan masa dengan anak,” katanya lagi.

Tak nafi ada lelaki tak faham tanggungjawab

Dia bagaimanapun tidak menafikan ada segelintir lelaki yang tidak memahami tanggunjawab mereka.

“Cuma sejak 30 tahun ni je, baru lelaki ni dia jadi luar ‘tabii’ disuruh jaga anak. Awak lihat pada beribu tahun lepas, beratus tahun lepas sehingga 1960, 1970 waktu zaman perang dan apa semua tu, lelaki tak jaga anak.”

Katanya pada waktu itu, lelaki kebiasaanya keluar untuk melindungi negara, mencari rezeki.

Para ibu zaman dahulu juga jaga anak dan tak menjadi masalah kerana faham tugas suami

Dia juga berpendapat para ibu dahulu juga menjaga anak dan mereka turut mengalami rasa sakit (ketika mengandung dan bersalin) namun mereka tidak pernah mengeluh kerana memahami dengan jelas tugas seorang lelaki.

“Cuma hari ini kita ada masalah di mana dunia ini terlampau ‘tenang’, terlampau ‘aman’ sampai semua orang keliru tak tahu nak buat apa. 50 tahun lepas ia sangat jelas, beberapa ratus tahun lepas perempuan tidak diberi hak untuk mengundi.

“Ia bukan kerana lelaki tu kejam nak menindas perempuan sebab yang pergi berperang mengorbankan nyawa untuk negara adalah lelaki. Perempuan dapat duduk elok-elok di rumah.

“Oleh sebab itu, pada waktu berkenaan mereka membuat keputusan individu yang pergi berperang, mengorbankan jiwa dan diri ini yang perlu mengundi. Tapi saya fikir hari ini ramai yang keliru tentang tanggungjawab masing-masing.”

Merasakan tanggungjawab suami semakin meningkat sejak 20-30 tahun ini

Menurutnya lagi, dia merasakan sejak 20 hingga 30 tahun ini tanggungjawab seorang suami semakin meningkat manakala isteri kekal seperti biasa.

Ujarnya jika dilihat pada jumlah tanggungjawab wanita sebagai contoh ketika zaman ibu atau neneknya dengan hari ni sudah berbeza. Selain menunjukkan perbezaan di mana kini anak-anak dihantar ke taska, makanan boleh dipesan dan dihantar ke rumah.

“Jika awak lihat pada jumlah kerja bagi tanggungjawab wanita sebelum ini, sebagai contoh zaman ibu saya atau nenek saya versus hari ini tanggungjawab wanita tu dah jatuh.

“Anak boleh hantar dekat taska, makanan boleh order. Awak cuba buat itu pada 20-30 tahun lepas, 40 tahun lepas. Saya tak rasa benda tu masuk akallah,” katanya lagi.

Berpendapat ramai keliru mengenai tanggungjawab menjaga anak

Jelas lelaki itu, dia berpendapat banyak lelaki yang tak tahu tanggungjawab kerana dilahirkan dalam keluarga yang tak mengajar mereka untuk menjadi lelaki.

Oleh itu dia selalu mengatakan, seorang ibu boleh membesarkan bayi menjadi kanak-kanak lelaki. Namun budak lelaki hanya boleh menjadi lelaki melalui bapanya.

“Saya tidak mempunyai komen selain saya rasa ramai keliru. Saya rasa mungkin apa yang perlu dikatakan jika lelaki nak kena bayar semua, dalam masa sama dia nak kena jaga anak. Jadi apa tujuannya mempunyai isteri.”

@wtfaizulbro

“Balik kerja buat-buat tidur, tak pun keluar balik melepak, main futsal.” Betul ke lelaki ni ramai mengelat dari jaga anak? 🤔

♬ original sound – WTFaizul – WTFaizul

Pendapat lelaki undang pelbagai reaksi dikalangan orang ramai

Pendapat yang dilontarkan oleh lelaki ini nyata mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial.

Ada yang berpendapat mereka setuju lelaki perlu mencari rezeki buat keluarga namun perlu memainkan peranan untuk membantu dalam urusan rumah tangga jika mempunyai ruang.

Namun ada juga berpendapat seorang bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Oleh itu mereka perlu melibatkan diri dalam membesarkan anak-anak.

Selain itu, mereka juga berpendapat lelaki terbabit tidak sepatutnya mengambil Bill Gates mahupun Elon Musk sebagai contoh.

Ini kerana, sekiranya seorang suami mampu untuk menyediakan segala keperluan ia tidak menjadi masalah sekiranya lelaki tidak menjaga anak. Namun keadaan sesebuah keluarga adalah berbeza di mana ada para isteri yang perlu bekerja untuk membantu suami, masalah kewangan dan sebagainya.

Video pendapat lelaki tersebut turut menjadi tular di X dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna.

“Bukan main lagi contohnya Bill Gates. Kalau suami aku kaya suku dari harta Bill Gates tu, aku pun tak kisahlah jaga anak sorang-sorang”
“Seorang ayah main peranan juga dalam mendidik anak. Kenalah libatkan diri sama-sama untuk besarkan anak. Mak dan anak kena sama-sama jaga anak, barulah anak tu rasa disayangi”
“Pilihlah sendiri nak jadi ibu bapa yang macam mana. Anak tu amanah. Pandai-pandailah fikir macam mana nak didik dan jaga. Orang ajak hidup sama-sama, bukan suruh jadi ‘housemate with benefit'”
“Kalau suami aku pergi perang untuk negara.. aku pun tak kisah dia jaga anak. Ni zaman 2024 bukan zaman dulu..”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.