fbpx
Now Reading
“Kalau Apa-apa Jadi Kat Anak Aku” – Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Axia Bawa Melulu [Video]

“Kalau Apa-apa Jadi Kat Anak Aku” – Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Axia Bawa Melulu [Video]

Pemandu Axia yang memandu secara laju itu hampir hilang kawalan semasa memotong dan melanggar kenderaan di lorong kanan yang juga pemilik dashcam terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir pemandu di Malaysia yang memandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Jika dahulu, perkara sebegini tidak didedahkan kepada orang ramai kerana masih belum ada kamera papan pemuka (dashcam) yang merekod kejadian dan menularkannya di media sosial.

Namun, kini pelbagai ragam pengguna jalan raya dapat dilihat di media sosial selepas kebanyakan pemandu sudahpun memiliki ‘dashcam’.

Tular dashcam pemandu Axia bawa secara melulu, selamba potong dari tengah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan sebuah kenderaan yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

Menerusi perkongsian video berkenaan di akaun X @update1111, kelihatan kereta jenis Perodua Axia itu memotong dan menyelit dari tengah jalan di antara kenderaan di lorong kiri dan kanan.

Pemandu Axia yang memandu secara laju itu hampir hilang kawalan semasa memotong dan nyaris melanggar kenderaan di lorong kanan yang juga pemilik dashcam terbabit.

Tindakan melulunya itu menyebabkan penumpang yang dipercayai isteri kepada pemandu lelaki kereta terbabit menjerit kerana terkejut.

Bengang pemandu Axia hampir jadi punca kemalangan, terus kejar dan tahan

Berang dengan tindakan pemandu Axia berkenaan, lelaki terbabit membunyikan hon sebelum bertindak mengejarnya.

Setelah beberapa kilometer mengejar pemandu Axia itu, lelaki terbabit berjaya menahannya di sebuah kawasan jalan.

Lelaki bengang, bayinya berusia 4 bulan nyaris jadi mangsa kemalangan

Lelaki itu kemudiannya bertindak memarahi pemandu terbabit kerana membahayakan nyawa dia dan keluarganya.

Difahamkan, di dalam kenderaan lelaki terbabit juga terdapat bayi yang baru berusia empat bulan.

“Eh kau tahu tak dalam kereta ni ada budak, apasal kau ‘pancung’ (potong) aku, kau keluar sekarang tengok! Kau nak aku report polis ke? Kau tengok anak aku kecil lagi baru 4 bulan, kalau jadi apa-apa dekat anak aku tu,” katanya.

Malah dia dilihat mengherdik pemandu Axia berkenaan dan memintannya memandu kereta dengan berhati-hati.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku di sebuah kawasan jalan raya di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Netizen kecam dan puas hati pemandu Axia kena ‘sound’ depan-depan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Axia terbabit yang memandu secara berbahaya.

Tidak hanya itu, kebanyakan orang juga yang menonton rakaman terbabit berasa puas hati melihat pemandu Axia berkenaan dimarahi oleh lelaki tersebut.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang menyalahkan lelaki berkenaan kerana memandu secara perlahan di lorong kanan.

Jika diteliti rakaman terbabit, jelas kawasan jalan tersebut mempunyai jalur rentas kuning yang merupakan amaran kepada pengguna jalan raya supaya berwaspada dan mengawal had laju kenderaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.