fbpx
Now Reading
Wanita & Keluarga Hampir Jadi Mangsa Samun Berhampiran Stesen Minyak Di Lebuhraya KESAS [Video]

Wanita & Keluarga Hampir Jadi Mangsa Samun Berhampiran Stesen Minyak Di Lebuhraya KESAS [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan kamera dashcam yang diletakkan pada kenderaan pada zaman kini sudah menjadi satu kewajipan buat semua.

Ini kerana, banyak kes kejadian kemalangan atau jenayah yang berlaku dapat dirakamkan menerusi kamera terbabit. Malah ia juga dapat membantu pihak berkuasa untuk membuat siasatan selain dijadikan sebagai bahan bukti.

Wanita dan ibu mentua hampir jadi mangsa samun di Lebuhraya KESAS

Baru-baru ini seorang wanita bersama keluarga termasuk ibu mentuanya hampir menjadi mangsa samun ketika berada berdekatan sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah USJ.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fiqa di laman X, awalnya kelihatan kereta pemilik dashcam berkenaan keluar dari sebuah stesen minyak Petronas untuk menyusur memasuki lebuh raya berkenaan.

Namun sebaik sahaja keluar daripada stesen minyak berkenaan, sebuah kereta hitam di hadapannya tiba-tiba berhenti di bahu jalan berdekatan stesen minyak Petron.

Tidak lama kemudian muncul sebuah motosikal yang berhenti di hadapan kenderaan pemilik dashcam.

Kereta hitam berhenti secara tiba-tiba sebelum keluar membawa senjata

Penunggang itu lalu dilihat turun daripada motosikalnya dan membuka pintu kereta hitam sebelum berlari ke arah kenderaan pemilik dashcam seperti membawa satu objek panjang dipercayai cota.

Turut kelihatan beberapa individu dari kereta hitam itu juga juga berlari keluar menuju ke arah kenderaan berkenaan.

Segera memecut kereta sebelum meninggalkan kawasan

Melihat keadaan membahayakan itu, pemilik dashcam segera memecut kenderaannya untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Menerusi maklumat dalam rakaman dashcam dipercayai kejadian itu berlaku jam 1.02 pagi pada 7 Ogos.

“Kejadian pukul 1 pagi tadi di Petron Lebuhraya KESAS. Mak mentua dan kakak ipar sekeluarga hampir-hampir nak kena samun.

“Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurang 4 orang suspek yang terlibat. Seorang bermotosikal dan lagi tiga menaiki kereta.

“Nombor pendaftaran kereta dan motosikal tidak dapat dikesan,” katanya di laman X.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan

Susulan daripada video tular itu, satu laporan polis telah dibuat. Menerusi satu kenyataan polis, pengadu memaklumkan suspek menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaannya sehingga pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat kes siasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian ini, suspek yang menunggang motosikal telah menghalang dengan berhenti dihadapan kenderaan yang dipandu oleh pengadu kemudian suspek telah menghayunkan kayu ke arah cermin pengadu sehingga pecah.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Ujar beliau lagi, polis kini sedang giat mengesan suspek. Oleh itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 014 6884 167 atau balai polis berdekatan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa geram melihat cubaan menyamun keluarga berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan untuk mengesan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan menerusi rakaman litar tertutup yang berada di stesen minyak itu. Namun mangsa perlu mengemukakan laporan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Menurut Nafas, ibu mertua dan kakak iparnya berada dalam keadaan selamat.

“Ya Allah kat KESAS pula tu. Bahayanya”
“Dah plan ni. Dari Petronas kereta hitam tu dah target mangsa. Bila awak keluar dia laju-laju keluar berhenti dekat depan. Tu signal untuk member moto dia keluar dari Petron. Jadi jaga-jaga lah keliling dekat stesen minyak. Jangan terkejut kalau ada spy dekat stesen minyak”
“Ya Allah! Syukur semuanya selamat tapi mesti trauma”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.