fbpx
Now Reading
“Belum Kahwin Dah Macam Ni” – Netizen Persoal Wanita Ketip Kuku Kaki Tunang Di Tempat Awam

“Belum Kahwin Dah Macam Ni” – Netizen Persoal Wanita Ketip Kuku Kaki Tunang Di Tempat Awam

Apa yang menjadi perhatian adalah aksi pasangan itu ketika diterjah oleh pempengaruh berkenaan yang mahu menawarkan wang tunai sebanyak RM500.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu bercinta tidak kira lelaki atau perempuan pasti akan melakukan apa sahaja asalkan orang yang disayangi bahagia.

Ada yang sanggup mengorbankan wang ringgit, ada juga yang melakukan pengorbanan dari segi perbuatan atau masa.

Bagi kebanyakan individu, ia adalah sesuatu yang normal namun bagi segelintir orang, ada yang merasakan perbuatan sebegitu tidak patut dilakukan selagi belum mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Ketip Kuku Kaki Teman Lelaki Ketika Duduk Tepi Pantai

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh influencer terkenal Sam Lim menerusi akaun TikTok miliknya @samlimmmm, kelihatan seorang wanita bersama pasangannya sedang duduk berehat di bawah pokok di satu kawasan tepi pantai.

Apa yang menjadi perhatian adalah aksi pasangan itu ketika diterjah oleh pempengaruh berkenaan yang mahu menawarkan wang tunai sebanyak RM500.

Ketika Sam Lim datang kepada mereka berdua, kelihatan wanita berkenaan sedang mengetip kuku kaki teman lelakinya itu.

“Wah korek kuku kaki,” kata Sam Lim kepada pasangan tersebut.

Pasangan Rupanya Dah Bertunang, Bakal Berkahwin Pada Tahun Hadapan

Pasangan itu kemudiannya bersama-sama menyertai cabaran yang dibuat oleh Sam Lim bagi memenangi produk kecantikan dan wang tunai.

Sewaktu melakukan cabaran itu, influencer tersebut turut bertanyakan sedikit sebanyak latar belakang pasangan berkenaan.

Menurut wanita itu, mereka sebenarnya telah menjalinkan hubungan sejak tujuh tahun lalu dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Februari 2025.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telahpun bertunang selepas ditanya oleh pempengaruh itu.

@samlimmmm

Berdua-duaan korek kuku kaki sampai lupa jaga muka, shick shack shockkkk @skintific.my #samlim #skintificmy #pinnyangplscollab #janjikotaktakkosong #fyp #foryoupage #foryou #foryourpage

♬ how you get the girl – ♡

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang mendapat lebih dua juta tontonan dan turut dikongsikan di platform X itu nyata menjadi perhatian ramai.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial hanya menumpukan kepada perbuatan wanita yang sanggup mengorek kuku kaki pasangannya itu.

Kebanyakannya mengecam dan berpendapat wanita terbabit tidak seharusnya bertindak sedemikian lebih lagi pasangan itu belum lagi mempunyai ikatan yang sah.

Namun, segelintir mereka berpendapat jika mereka telah berkahwin sekalipun, wanita tersebut tidak seharusnya memberikan layanan sedemikian rupa.

Hukum Bersentuhan Dengan Bukan Mahram

Menurut penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) lelaki hanya boleh menyentuh wanita yang merupakan mahramnya di kawasan yang diharuskan.

Namun, lelaki tidak boleh menyentuh wanita bukan mahram kecuali jika dalam keadaan darurat antaranya bagi tujuan perubatan.

Jelas UAI lagi, walaupun seorang lelaki itu menyentuh perempuan dalam keadaan berlapik, ia juga tidak dibenarkan jika perbuatan itu mendatangkan keseronokan.

“Haram juga kalau pegang berlapik,” katanya.

Jadi, apa pendapat kalian? Adakah kalian akan melayan pasangan sedemikian rupa?

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Belum Kahwin Dah Kena Potong Kuku Kaki, Kalau Dah Kahwin Nanti Jadi Balaci”

“Aku Dah Kahwin Pun Tak Pernah Potongkan Kuku Laki Aku, Takut Dia Tersepit Berdarah”

“10 Tahun Aku Kahwin Tak Pernah Aku Potong Kuku Kaki Tangan Laki Aku, Oklah Tu Dik, Boyfriend Awak Percayakan Awak”

“Aku Pun Nak Kecam Couple Ni, Haram Tetap Haram, Tapi Lagi Baik La Dari Yang Dating Dalam Kereta, Bilik-Bilik Hotel, Tempat Open, Main Kuku Je”

“Nampak Sangat Dah Kehidupan Perempuan Tu Dilayan Macam Mana Kalau Kahwin, Yang Jantan Tu Pun, Macam Tu Sekali Ye”

“Benarlah Cinta Itu Membutakan”

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Dicekup Khalwat, Guna Alasan Nak Ambil Air Kerana Bekalan Terputus

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Pasangan Kekasih Buat Video Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Atas Jalan Raya Di Kuantan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.