fbpx

“Mana Ada Bayar Ansuran 5 Tahun”- Penjual Kongsi Ragam Pelanggan, Bergaji RM2,000 Tapi Mahu Pakai iPhone 15 Pro Max

Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan tersebut bertanyakan Chan tentang bayaran bulanan yang paling rendah boleh ditawarkan kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, telefon pintar merupakan antara gajet yang dilihat sebagai satu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap individu.

Ini kerana ia berperanan sebagai medium perhubungan bagi menghubungi seseorang selain turut digunakan bagi tujuan lain.

Menyedari kepentingan gajet tersebut, kebanyakan pembekal perkhidmatan atau peniaga telefon pintar pada masa kini menawarkan pakej pembelian istimewa buat pelanggan sama ada secara tunai atau ansuran.

Lazimnya, tempoh ansuran bulanan maksimum yang ditawarkan kebanyakan peniaga hanyalah selama tiga tahun.

Namun, ada segelintir pelanggan yang dilihat mahu mencuba nasib dengan memanjangkan tempoh pinjaman.

Pelanggan Mula-Mula Minta iPhone 14 Pro Max

Menerusi Facebook, seorang pengguna telah berkongsi satu perbualan tangkap layar bersama seorang pelanggannya yang mahu membeli telefon pintar jenama iPhone.

Melalui tangkap layar akaun Facebook Betterman Chan, pelanggan berkenaan bertanyakan sama ada premisnya ada membuat kemudahan ansuran bulanan bagi telefon pintar jenama tersebut.

Pada mulanya, dia bertanyakan ansuran bagi iPhone 14 Promax. Namun, Chan menyatakan kedainya hanya mempunyai iPhone 14 Plus 128GB.

Ansuran Sebelum Ini Hanya Untuk Yang Tiada Slip Gaji

Oleh kerana Chan tidak menjual iPhone 14 Pro Max, pelanggan itu bertanyakan pilihan alternatif lain iaitu iPhone 15 Pro Max. Chan kemudiannya memaklumkan bahawa stok telefon berkenaan ada di kedainya.

Jawapan Chan itu dilihat menarik minat pelanggan tersebut hingga individu itu bertanyakan tentang ansuran bulanan.

Sebelum menjawab soalan pelanggan itu, Chan bertanyakan tentang gaji bulanan yang dimiliki oleh pelanggan berkenaan.

Ini kerana menurut Chan, kemudahan ansuran bulanan yang disediakan di kedainya sebelum ini adalah buat mereka yang tidak mempunyai slip gaji.

Namun, dek kerana selalu diperdayakan pelanggannya, Chan menerangkan kini dia hanya menyediakan ansuran melalui institusi kewangan atau bayaran secara tunai.

Gaji Sebulan RM2,000, Mahu Buat Ansuran Selama 5 Tahun

Jelas pelanggan berkenaan, pendapatan bulanan yang dimilikinya adalah RM2,000 sebulan.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan tersebut bertanyakan Chan tentang bayaran bulanan yang paling rendah boleh ditawarkan kepadanya.

Malah, dia turut bertanyakan berapa ansuran bulanan sekiranya dia mahu membuat bayaran bagi tempoh lima tahun.

Tidak percaya dengan soalan yang diajukan, Chan kemudiannya dengan nada bergurau menjawab soalan tersebut.

“Tak mungkin lima tahun, kau beli kereta ke?” kata Chan.

Namun, pelanggan itu dilihat seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Chan.

“Lah, bawah Aeon, bawah JCL, mesti ada tiga tahun, lima tahun,” tulis pelanggan berkenaan.

Foto: Facebook

Chan yang nyata terkejut kemudiannya dilihat tidak membalas mesej pelanggannya itu.

“Siapa syarikat ansuran nak layan budak ni? iPhone 15 Pro Max ansuran lima tahun, saya tak boleh,” tulis Chan menerusi ruang kapsyen.

Siapa Installment company nk layan, budak ni nk beli 15 Pro Max ansuran 5 tahun, i kennot ady

Posted by Betterman Chan on Monday 5 August 2024

Pengguna Media Sosial Minta Ukur Kemampuan Di Badan Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna Facebook mengecam tindakan pelanggan berkenaan.

Ini kerana bagi mereka dia seharusnya memilih untuk membeli telefon bimbit yang sesuai dengan pendapatan bulanan dan kemampuan kewangan dirinya.

Ada juga segelintir pengguna media sosial yang berpendapat tidak salah sekiranya dia mahu menggunakan telefon pintar berjenama itu namun dia disarankan untuk menabung bagi memiliki gajet tersebut.

Sekadar info, berdasarkan laman web Apple, harga permulaan iPhone 15 Pro Max adalah RM6,499 bagi size 256GB, RM7,499 bagi saiz 512 GB dan RM8,488 bagi 1TB.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Nak Pakai Branded, Menabung Jela”

“Kalau Tak Mampu Jangan Beli Mahal-Mahal. Nak Pakai Branded Tapi Nak Tarikh Bayar Lima Tahun”

“Gaji RM2,000 Selera Macam King, Payah Juga”

Baca Artikel Berkaitan: iPhone 15 Pro Hadir Dengan Pengecas USB-C & Kerangka Titanium, Harga Bermula RM5,499

Baca Artikel Berkaitan: Bertatahkan Berlian & Emas, Ini Bakal iPhone 15 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM2.6 Juta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.