fbpx

Pelanggan Kecewa, Dakwa 2 Kali Dapat Makanan Berulat Dari Kedai Makan Sama [Video]

Wanita berkenaan mendakwa sebelum ini suaminya pernah menjumpai ulat di dalam botol kicap di kedai yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu makanan berulat dijual kepada pelanggan bukanlah sesuatu yang baru lagi di Malaysia, sehingga hari ini perkara sedemikian masih lagi berlaku.

Hal ini kerana terdapat segelintir peniaga atau pengusaha restoran yang tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah terhadap kebersihan dan kualiti makanan demi meraih untung yang banyak.

Malah ada juga yang sanggup menjual semula lebihan makanan yang tidak terjual pada hari sebelumnya demi mengelakkan kerugian.

Tular wanita kecewa dalam makanan ada ulat di kedai mamak

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita kecewa apabila terdapat ulat di dalam makanan yang dipesannya di sebuah restoran nasi kandar di Petaling Jaya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @iamdekna73, wanita terbabit pergi ke kedai makan tersebut bersama suami dah juga anak perempuannya.

“Dah masuk perut aku gamaknya ulat itu,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Kali kedua terkena makanan berulat dari kedai sama

Apa yang mengejutkan, kejadian makanan mempunyai ulat itu bukanlah kali pertama berlaku melibatkan restoran itu.

Wanita berkenaan mendakwa sebelum ini suaminya juga pernah menjumpai ulat di dalam botol kicap di kedai yang sama.

“Dua kali suami saya kena, sebelum ini dalam botol kicap (ada ulat), sekarang dalam makanan pula,” kata wanita itu.

Dah pernah buat aduan kepada kedai, tapi macam tak diendahkan

Difahamkan, sebelum ini suaminya sudah membuat aduan kepada pekerja restoran itu tentang isu terbabit namun ia seakan tidak diendahkan mereka.

Kejadian yang kedua berlaku ini menyebabkan suaminya ingin membuat laporan kepada jabatan kesihatan.

“Jangan (cakap) sorry lah, haritu saya dah buat aduan sekali, saya dah mesej bos (kedai) tapi tak balas, saya cakap lagi sekali kalau macam ini punya kotor saya bagi viral.

“Apa sorry-sorry? Ingat sorry itu boleh selesaikan ke? Ingat saya saja-saja buat kecoh?” kata suaminya di dalam video itu.

@iamdekna73

Dah masuk perut aku gamaknya ulat tu !! 😭😭🤮🤮 #fyp #ulat #kedaimamak

♬ original sound – iamleeya73 – iam73

Ramai persoal kenapa pergi kali kedua jika sudah terkena sebelum ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoal bagaimana wanita berkenaan bersama suaminya boleh ke kedai itu lagi setelah kejadian pertama kali.

Jelas wanita itu di ruangan komen, mereka ke kedai mamak terbabit adalah kerana ajakannya yang mengakui masakan di kedai terbabit sememangnya sedap.

Jelas wanita itu bersama suaminya bukanlah ingin mengulangi kesilapan lama, sebaliknya memberi peluang kedua kepada restoran berkenaan untuk membaiki mutu kebersihan makanan.

Tidak hanya itu, orang ramai juga meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap restoran berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.