Ramai Beri Faisal Halim Semangat Selepas Tular Video “Come Back Journey” [Video]
Faisal Halim sebelum ini dilihat muncul di atas padang dengan memakai topeng muka sewaktu Selangor FC menentang Terengganu FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui insiden yang berlaku terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah dengan asid pada beberapa bulan lalu.
Insiden itu turut menyebabkan Faisal mengalami kecederaan yang parah dan terpaksa menjalani empat pembedahan.
Kejadian yang menimpa pemain bola berkenaan secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai serta mahukan keadilan buatnya.
Walau bagaimanapun, pada 3 Ogos lalu pemain bola sepak kebangsaan itu dilihat muncul beraksi di atas padang sewaktu Selangor FC menentang Terengganu FC (TFC).
Tular video Faisal Halim sedang bersenam
Terbaharu, tular satu video di TikTok memaparkan aksi Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey sedang bersenam yang menceritakan perjalanannya sebelum membuat kemunculan semula.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @khanphysioo, kelihatan Faisal sedang melakukan beberapa senaman dipercayai di sebuah gimnasium.
Berusaha keras lakukan senaman untuk kembali beraksi
Dalam video terbabit, kelihatan Faisal mengangkat berat seperti besi, bola, melompat dan sebagainya sambil mengerakkan seluruh badan.
Kelihatan di wajahnya dia begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap jenis senaman.
Ramai kagum dan terus beri semangat kepada Faisal Halim untuk kembali beraksi
Melihat di ruangan komen, ramai yang gembira melihat keadaan Faisal yang semakin membaik selepas insiden yang belaku.
Malah mereka juga turut memberikan semangat kepada pemain terbabit untuk terus berusaha dan mencapai prestasinya seperti dahulu.
Orang ramai turut mendoakan Faisal untuk terus kuat dan kagum kerana dia mempunyai semangat yang kuat.
Untuk rekod pada 3 Ogos lalu, Faisal Halim kembali membuat beraksidi atas padang dengan memakai topeng muka sewaktu Selangor FC menentang Terengganu FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Memetik laporan MalaysiaKini, Faisal memakai topeng berwarna hitam itu dipercayai untuk melindungi bekas luka simbahan asid yang masih lagi dalam proses untuk sembuh.