fbpx
Now Reading
Tular Syarikat Di China Tidak Terima Pekerja Lahir Tahun Anjing, Ini Sebabnya

Tular Syarikat Di China Tidak Terima Pekerja Lahir Tahun Anjing, Ini Sebabnya

Menurut sumber dari organisasi syarikat, majikannya lahir pada tahun naga dan percaya dia tidak serasi dengan individu yang lahir di tahun naga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang sudah meningkat dewasa pastinya akan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.

Oleh itu, tentunya calon atau mereka yang sedang mencari kerja akan memohon apa sahaja tawaran yang dibuka asalkan ia bersesuaian dengan kriteria yang diinginkan.

Syarikat di China minta calon lahir pada tahun anjing untuk tidak mohon kerja yang ditawarkan

Walau bagaimanapun, sebuah syarikat di China ini telah menarik perhatian apabila meminta calon yang lahir pada tahun anjing (mengikut kalendar lunar) untuk tidak memohon pekerjaan yang ditawarkan di syarikatnya.

Sebagai contoh mereka yang lahir pada tahun anjing adalah 1982, 1994, dan 2006.

Malah syarikat itu akan menolak mana-mana permohonan daripada calon yang lahir pada tahun berkenaan.

Memetik laporan Oddity Central, syarikat yang berpangkalan di Guangzhou itu sebelum ini ada menyiarkan satu iklan kekosongan jawatan di dalam bahagian pentadbiran.

Mahukan calon yang mempunyai pengalaman bekerja dan tawar gaji RM2,497

Menerusi tawaran itu ia memerlukan calon yang mempunyai pengalaman bekerja, mahir dalam bahagian pejabat dan menawarkan gaji sehingga 4000 yuan (RM2,497).

Namun dalam tawaran itu, pihak syarikat juga memaklumkan dalam satu baris pendek yang meminta mana-mana calon lahir pada tahun terbabit (anjing) untuk tidak menghantar resume mereka.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang kontroversi di media sosial China.

Rupanya majikan lahir tahun naga, percaya tak serasi dengan individu lahir tahun anjing

Malah ada yang menuduh syarikat tersebut melakukan diskriminasi. Namun sumber dalam organisasi syarikat itu mengatakan majikannya lahir pada tahun naga dan mempercayai bahawa dia tidak serasi dengan individu yang lahir pada tahun ajing.

“Pengambilan pekerja yang dilahirkan pada tahun anjing akan memudaratkan pembangunan syarikat, jadi dia (majikan) secara khusus menekankan bahawa ‘mereka lahir tahun anjing’ tak sepatutnya menyerahkan resume,” kata sumber terbabit.

Walau bagaimanapun ramai yang turut menasihati mereka yang lahir pada tahun terbabit untuk tidak bertindak menyaman syarikat tersebut atas tindakan ‘diskriminasi berdasarkan zodiak’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.