fbpx
Now Reading
Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Lelaki Pakai Rantai Sambung Ayat Kitab Suci Dengan Lancar Raih Pelbagai Reaksi

Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Lelaki Pakai Rantai Sambung Ayat Kitab Suci Dengan Lancar Raih Pelbagai Reaksi

Lelaki dikenali sebagai Boy itu dilihat lancar membaca Surah Maryam ayat 1-6.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda selalu menggunakan media sosial, pasti anda perasan terdapat banyak jenis konten eksperimen sosial dilakukan orang ramai untuk menguji pengetahuan orang awam.

Antara konten yang selalu dibualkan adalah ‘tebuk’ (uji bacaan) al-Quran yang dilakukan oleh seorang influencer dikenali sebagai Qawiy. Menerusi videonya, ramai individu diuji untuk menyambung petikan kitab suci.

Walaupun kedatangan Qawiy tidak diduga , namun ramai juga yang berjaya menyambung dengan lancar meskipun tengah gementar.


Lelaki Lancar Sambung Bacaan Surah Maryam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok Qawiy menyaksikan dia sedang melakukan satu eksperimen sosial melibatkan pengunjung di Kuala Fashion Week (KLFW) 2024 di Suria KLCC pada Ahad lalu (4 Ogos).

Menerusi video perkongsian, seorang lelaki dikenali sebagai Boy dengan yakin berkata dia sudah hafal kesemua 30 juzuk al-Quran. Menurut Qawiy, Boy sendiri yang datang kepadanya dan minta untuk ‘ditebuk’.

Pada mulanya, Boy menguji Qawiy dahulu adakah dia dapat menyambung petikan al-Quran yang dibaca. Seperti yang disangka, Qawiy dapat melafazkan petikan al-Quran dengan lancarnya.

Sejurus itu, Qawiy berkata lelaki berumur 18 tahun berkenaan mempunyai alunan suara yang sedap didengari semasa membaca petikan surah.

Apabila tiba giliran Boy pula, dia dilihat berjaya membaca Surah Maryam ayat 1-6 dengan lunak dan merdu. Sekali dengar macam imam di masjid pun ada. Jelas Boy, dia bergelar seorang Hafiz sewaktu umur 15 tahun lagi.

Sumber: TikTok

Pengguna X Minta Orang Ramai Tak Nilai Seseorang Berdasarkan Rupa

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian pengguna X (Twitter). Seorang lelaki dikenali sebagai Helmi Haqiem berkata hantaran itu boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai untuk tidak menilai seseorang daripada paras rupanya.

“Tamparan untuk aku jangan judge dari pemakaian orang lain. Also, aku speechless,” kata Helmie.

Sumber: X

Dalam video tersebut, kelihatan Boy memperagakan pakaian ‘style hip-hop’ bersama seutas rantai perak.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Boy Sambung Ayat Al-Quran

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai tentang hantaran tersebut. Segelintir individu dilihat memuji nada Boy dalam membaca petikan ayat al-Quran.

“Meremang dengar dia baca sebab ikutkan susah nak cari orang baca al-Quran dengan nada sedih macam ni (sayu). Pahala besar kalau baca Quran dengan nada macam ni, bukan bersahaja,” kata seorang wanita.

Pun begitu, ramai juga pengguna media sosial mengecam tindakan Boy kerana memakai rantai.

“Adakah dah hafal al-Quran 30 juzuk membenarkan kita suka hati nak berpakaian begitu? Berantai bagai. Kalau memang dah hafiz, tolonglah jaga al-Quran tu baik-baik. Bukan sekadar jaga hafalan. Jaga perilaku, jaga penampilan, jaga akhlak supaya al-Quran yang ada di dada bukan sekadar modal konten,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga individu yang mengingatkan orang ramai untuk tidak melontarkan kecaman terhadap Boy selain mendoakan yang terbaik buatnya.

“Jaga kata-kata kita. Kita semua manusia biasa. Doakan yang baik-baik, maka yang baik akan datang kepada kita,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Lelaki Haram Pakai Rantai

Memetik portal Maktabah Al-Bakri, kaum Adam tidak boleh menyerupai kaum Hawa dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan sebagainya.

Sumber: Freepik

Berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah R.A:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  لَعَنَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.”

[Riwayat al-Bukhari (5435) dan Ahmad (8309)]

Rantai leher adalah perhiasan yang dikhususkan buat golongan wanita sebagaimana yang diketahui ramai. Oleh itu, haram bagi kaum lelaki untuk memakai rantai leher walaupun sebagai perhiasan semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Pakai Skirt Seperti Wanita, Netizen Tak Mahu Trend Dinormalisasikan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Trauma” – Wanita Diekori Lelaki Menyamar Pakai Purdah Dari Tandas Hingga Ke Surau

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.