Olimpik Paris 2024: Indonesia Raih Pingat Emas, Rakyat Malaysia Pakat Ucap Tahniah [Video]
Tidak hanya itu, kebanyakan rakyat Indonesia juga menitipkan doa kepada Malaysia agar dapat meraih pingat emas pertama dalam temasya ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (8 Ogos), Indonesia mencuri perhatian apabila berjaya meraih pingat emas pertamanya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi acara speed climbing lelaki.
Atletnya, Veddriq Leonardo yang juga bekas pemegang rekod dunia itu telah menewaskan lawanya dari China, Wu Peng dengan catatan masa 4.75 saat di Le Bourget Climbing Venue, Paris.
Menurut Awani yang memetik Berita Antara, Wu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya ketinggalan 0.02 saat di belakang atlet kelahiran Pontianak itu.
Sementara itu, menerusi perkongsian klip video semasa acara terbabit di akaun X @ASTROARENA, jurulatih Veddriq dilihat menangis kegembiraan setelah atletnya itu berjaya menjadi juara.
Indonesia memenangi pingat emas pertama Olimpik Paris 2024!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 8, 2024
Saksikan bagaimana Veddriq Leonardo mengungguli cabaran menentang wakil China, Wu Peng.#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/NQZmD5wDIu
Rakyat Malaysia pakat ucap tahniah kepada Indonesia
Memindai di ruangan komen ciapan terbabit, kelihatan rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada negara jiran itu kerana meraih pingat emas pertama mereka bagi edisi kali ini.
Tidak hanya itu, kebanyakan rakyat Indonesia juga menitipkan doa kepada Malaysia agar dapat meraih pingat emas pertama dalam temasya ini.
Indonesia raih pingat emas kedua menerusi acara angkat berat
Tidak lama selepas itu, Indonesia sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya meraih pingat emas kedua pula menerusi acara angkat berat kategori berat 73Kg lelaki pada hari yang sama di Arena South Paris.
Atletnya, Rizki Juniansyah berjaya mengangkat berat sebanyak 354Kg sekali gus menumpaskan lawan dari Thailand, Weeraphon Wichuma di kedudukan kedua dengan berat 346Kg, lapor Olympics.
Malaysia sudah raih dua pingat gangsa, masih ada peluang untuk bawa pulang emas
Setakat ini, Malaysia telah meraih dua pingat gangsa menerusi gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Jik dalam acara badminton beregu lelaki serta perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.
Kepulangan wira-wira negara ini ke tanah air pada Rabu lalu (7 Ogos) disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia.
Malaysia masih mempunyai harapan untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Paris 2024 menerusi acara berbasikal (keirin) dan terjun.
Apapun terjadi, atlet-atlet negara kita tetap menjadi juara di hati kita semua kerana telah berusaha sehabis baik mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Berikut komen yang diberikan rakyat Malaysia dan Indonesia:
Tahniah, Indonesia!!!
— V⁷ 🍉 (@adobubble) August 8, 2024
Mohon berjangkit gold ni ke malaysia. Tahniah indonesia!!!!!!!!!
— FiraGujiwa🇲🇾🇲🇾 (@gujiwa) August 8, 2024
Terimakasih semoga Malaysia raih gold juga dari balap sepeda dan lompat indah. Lets gp!
— Dani TWS Programme (@dani_twsdiet) August 8, 2024
Indonesia dulu pon menang emas kat Olimpik dalam sukan yang mmg diorang antara kuasa besar iaitu Badminton. kali ni baru tak silap menang emas dalam acara sukan baru. luar dari sukan yang secara tradisi mereka mendominasi.
— THALOL (@nrhnsharol) August 8, 2024
Tahniah 🇮🇩
Tahniah Indonesia! 🇮🇩 🔥
— ʏᴏᴜʀ ᴡᴏʟᴠᴇʀɪɴᴇ 🐺🏴 (@iam_ein) August 8, 2024
Congrats jiran serumpun. Kami di Malaysia tumpang bangga dan seronok😍👏🏻💕
— 🍉Yaya 🧚🏻♀️ (@yayayiyiyiyuu) August 8, 2024