Pemilik Akaun X Syedewa Disiasat PDRM, Disyaki Muat Naik Ciapan Aibkan Imej Anggota Polis
Menerusi ciapan yang dimuat naik, Syedewa dipercayai tidak berpuas hati dengan seorang anggota polis trafik yang mahu mengeluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Platform media sosial pada masa kini memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
Selain berperanan menjadi medium perhubungan, ia juga berfungsi sebagai platform untuk penyebaran maklumat.
Kebanyakan pengguna media sosial turut menjadikannya sebagai tempat untuk meluahkan pandangan dan pendapat peribadi.
Namun, warganet sering diingatkan agar sentiasa menjaga peribadi dan tidak memuat naik hantaran yang bersifat sensitif dan mengaibkan sesetengah pihak.
Muat Naik Gambar Anggota Polis Sedang Bertugas
Tindakan seorang pemilik akaun X Syedewa memuat naik ciapan berhubung insidennya dengan seorang anggota polis trafik menyebabkan polis kini sedang mengesannya.
Ini kerana ciapan tersebut disyaki bertujuan mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, satu laporan polis telah dibuat berhubung ciapan tersebut kira-kira jam 7.30 malam semalam (8 Ogos).
Jelasnya, beberapa gambar yang dimuat naik di akaun X pengguna terbabit menunjukkan pegawai polis yang sedang menjalankan tugas dalam sekatan jalan raya yang diadakan di Damansara Damai pada Selasa (6 Ogos) lalu.
Polis Sedang Kesan Pemilik Akaun
Tambah Shahrulnizam lagi, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes tersebut.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Berhati-Hati Muat Naik Kandungan
Pada masa yang sama, dia meminta agar orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melibatkan diri dengan penyebaran berita yang tidak sahih.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau saksi berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.
𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟎𝟗 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) – 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐂𝐏 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐑𝐔𝐋𝐍𝐈𝐙𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀’𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 MAKLUMAN KES KENYATAAN MENGAIBKAN PENJAWAT AWAM KETIKA BERTUGAS DI “APPLIKASI X”
Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Thursday 8 August 2024
Terdahulu, Syedewa yang juga usahawan dan jurusolek terkenal telah memuat naik ciapan di akaun X miliknya.
Menerusi ciapan tersebut, dia dipercayai tidak berpuas hati dengan anggota polis yang mahu mengeluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Ini kerana dia mendakwa, dia sebenarnya sedang memakai alat keselamatan tersebut ketika ditahan pada Selasa (6 Ogos) lalu.
Malah menerusi ciapan itu juga, dia mempersoalkan tindakan polis yang didakwa hanya menggunakan kaedah ‘meneka’ untuk berbuat demikian.
Apa Boleh Buat Jika Anda Berurusan Polis
Sekadar info, jika anda berhadapan dengan polis, ini tindakan yang boleh anda buat:
1. Apabila Diberhentikan Polis
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam, anda boleh tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
- Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
- Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor
- Warna Putih: Polis Simpanan
Anda juga diingatkan untuk mengambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tersebut.
2. Apabila Disoal Oleh Polis
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
• apabila anda digari Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Video Tular Anggota Terima Duit Dari Orang Awam
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Atau Anggota Polis Terlibat Dengan Salah Laku Diminta ‘Berambus’ – KPN [Video]