fbpx
Now Reading
Ryzal Ibrahim Dikritik, Didakwa Gurau ‘Double Meaning’ Semasa Maryam Buat Tips Beli Tembikai [Video]

Ryzal Ibrahim Dikritik, Didakwa Gurau ‘Double Meaning’ Semasa Maryam Buat Tips Beli Tembikai [Video]

Ramai yang mengkritik tindakan Ryzal Ibrahim kerana ia disifatkan seolah-olah tidak menjaga maruah dan reputasi Maryam yang juga sudah bertudung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan sebagai manusia kita perlulah berhati-hati dalam setiap tutur kata yang dikeluarkan.

Ini kerana, bimbang jika tersilap menggunakan kata-kata ia boleh membawa maksud atau salah faham kepada orang ramai.

Oleh itu, kita sentiasa dinasihatkan untuk mengeluarkan kata-kata yang sopan serta tidak membawa kepada perkara buruk meskipun hanya gurauan.

Ryzal Ibrahin jadi perhatian, didakwa buat lawak ‘double meaning’ babitkan anak dan isteri

Namun baru-baru ini influencer, Ryzal Ibrahim telah menjadi perhatian ramai apabila didakwa melakukan gurauan ‘double meaning’ membabitkan isterinya, Maryam Durian Kimchi dan anaknya dalam satu video.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Maryam Younarae telah memberikan tips bagaimana untuk memilih buah tembikai yang sedap dan manis.

Video beri tips nak pilih tembikai sedap & manis

Dalam video itu awalnya Maryam bertanya kepada Ryzal adakah dia tahu bagaimana hendak memilih tembikai yang sedap dan manis.

Ryzal kemudian menjawab tahu dan menepuk beberapa tembikai yang menghasilkan bunyi yang berlainan sebelum memilih buah yang dirasakan sedap.

Maryam lalu mengatakan sebenarnya terdapat beberapa lagi tips untuk mengetahui tembikai yang sedap seperti melihat alur garisan dan juga saiz tapak di hujung buah berkenaan.

“Hari ni Maryam bagitahu lebih detail yang senang untuk cari. Ini warna kehitaman (garisan hijau pekat) nipis, atau besar. Ini besar, tu lagi sedap.

“Satu lagi ini (sambil menunjuk tapak pada hujung buah), besar tak sedap. Ini kecil sedap,” kata Maryam.

Bezakan tapak pada buah dengan anak dan isteri

Namun apa yang lebih menjadi perhatian, apabila Ryzal mengaitkan tapak tembikai itu dengan anak serta isteri.

Ramai kritik tindakan Ryzal yang disifatkan tidak patut

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai yang mengkritik tindakannya menyamakan tapak tembikai tersebut dengan anak dan isteri.

Malah ada yang mendakwa dia tidak sensitif untuk menjadikan perkara seperti itu sebagai gurauan kerana boleh mendatangkan perspektif buruk kepada mereka yang menonton selain mencalarkan maruah isteri dan anaknya.

Bukan hanya itu, ada yang mengatakan ilmu yang dikongsikan adalah bagus namun gurau dilakukan oleh Ryzal adalah sesuatu yang tidak patut.

Video perkongsian mengenai tips itu turut mendapat kecaman di X, di mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Ryzal.

“Ryzal tak sudah-sudah cakap yang tak senonoh. Buat malu anak bini pergi memberitahu kepada seluruh dunia mengenai privasi mereka”

“Sikit-sikit ‘double meaning’. Bini tu dah elok bertutup datang pula suami bagitahu dekat dunia cerita dalam kain. Angin pula aku”

“Bila bercakap tak bertapis semua benda ingat boleh melawak. Dengan makan pun nak dibeza-bezakan. Mana tah akal laki ni”

“Isteri terang-terang beritahu buah tembikai mana yang sedap dimakan. Suami pula bercakap perkara-perkara seksualiti.”

Kami akan cuba mendapatkan komen dari Ryzal berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan netizen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.