Turkiye Haramkan Permainan Roblox
Sebelum ini muncul dakwaan ada parti seksual yang dianjurkan dalam permainan Roblox dan kanak-kanak yang menyertainya akan diberikan Robux.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Roblox merupakan salah satu aplikasi permainan yang terkenal di kalangan kanak-kanak. Malah aplikasi ini juga menawarkan pelbagai jenis permainan.
Bukan hanya itu, mereka juga dapat mencari rakan baharu menerusi permainan ini dan bermain bersama-sama. Tak dinafikan juga aplikasi permainan ini menjadi fenomena di kalangan mereka.
Turkiye haramkan permainan Roblox
Namun pada 7 Ogos lalu baru-baru ini, Turkiye telah bertindak mengharamkan permainan atas talian ini.
Menurut laporan Amanz yang memetik Turkiye Today tiada sebab diberikan mengapa permainan Roblox itu diharamkan.
Namun sebelum ini muncul dakwaan terdapat parti seksual yang dianjurkan dalam permainan terbabit dan kanak-kanak yang menyertainya diberikan mata wang maya iaitu Robux.
Menurut seorang Pegawai Direktoral Komunikasi, larangan Roblox di Turkiye terutamanya didorong oleh laporan kandungan seksual yang tak sesuai di platfrom tersebut yang dianggap sebagai mengeksploitasi kanak- kanak.
Jelas pegawai itu lagi, cabaran penting dalam memantau dan mengawal selia kandungan Roblox, menyumbang kepada keputusan untuk mengharamkannya.
Sebelum ini Pejabat Ketua Pendakwa Raya Adana memulakan siasatan terhadap perkara itu, yang akhirnya membawa kepada sekatan di seluruh negara.
Ekoran kandungannya sukar untuk ditapis lalu Turkiye mengharamkan Roblox sepenuhnya. Pengharaman permainan itu secara tidak langsung menyebabkan jutaan pemain di negara itu tidak dapat mengaksesnya.
BTK halang akses Instagram ekoran platform itu memadam kandungan berkaitan kematian Ismail Haniyeh
Perkara itu berlaku seminggu selepas Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (BTK) menghalang akses Instagram di negara terbabit.
Perkara itu dilakukan selepas Instagram bertindak memadam kandungan yang berkaitan dengan kematian pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh.
Walau bagaimanapun hanya Instagram yang dihalang manakala Facebook dan WhatsApp masih lagi boleh digunakan.
Namun sekatan ini akan ditarik semula sekiranya pihak Meta mematuhi peraturan negara Turkiye.