fbpx
Now Reading
“Allah Tahu Yang Lebih Baik” – Shah Firdaus Dedah Pernah Janji Nak Bawa Ibu Pergi Umrah Kalau Menang

“Allah Tahu Yang Lebih Baik” – Shah Firdaus Dedah Pernah Janji Nak Bawa Ibu Pergi Umrah Kalau Menang

Shah Firdaus turut mengakui dia kecewa tidak dapat menamatkan aksi selepas terbabit dalam insiden perlanggaran bersama pelumba Jepun, Shinji Nakano di hujung saingan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (11 Ogos), berakhir sudah debaran yang dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024 ini dengan acara berbasikal trek keirin sebagai penutupnya.

Dalam acara tersebut, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 dalam pusingan akhir keirin Olimpik Lelaki setelah disahkan relegated.

Meskipun tidak berjaya meraih sebarang pingat, kebanyakan rakyat Malaysia tetap memberi pujian dan semangat kepada Shah Firdaus kerana telah meneruskan perjuangan sehabis baik selepas penyertaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Pacer Bergerak Perlahan, Saya Dihimpit” – Azizulhasni Perjelas Punca ‘Disqualified’ & Tersingkir

Shah Firdaus minta maaf, pernah janji nak bawa ibu tunai umrah

Dalam pada itu, Shah Firdaus turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidat dapat membawa pulang sebarang pingat selain mendedahkan dia pernah berjanji untuk membawa ibunya menunaikan umrah sekiranya memenangi perlumbaan terbabit.

“Sebenarnya saya dah janji dengan mak saya, kalau saya menang, saya nak bawa dia pergi umrah. Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya,” katanya ketika ditemubual wartawan Astro Arena.

Shah Firdaus turut mengakui dia kecewa tidak dapat menamatkan aksi selepas terbabit dalam insiden perlanggaran bersama pelumba Jepun, Shinji Nakano di hujung saingan.

Shah Firdaus akui kecewa tak dapat tunaikan hajat hadiahkan pingat

Ujarnya, paling mengecewakan apabila dia tidak dapat menunaikan hajatnya untuk menghadiahkan pingat sekali gus membawa ibunya ke Tanah Suci nanti.

“Saya minta maaf pada rakyat Malaysia. Sebenarnya saya dah janji dengan mak saya, kalau saya menang, saya nak bawa dia pergi umrah. Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.

“Saya sudah nampak pingat di depan saya. Kaki dan badan saya berada dalam keadaan yang terbaik sejak dari semalam. Saya sudah berada dalam zon saya dan saya tahu saya boleh tewaskan pencabar saya.

“Tetapi macam yang saya cakap, inilah keirin dan apa sahaja boleh terjadi. Jadi ini bukan masanya untuk saya salahkan siapa-siapa. Boleh awak bayangkan pelumba terakhir boleh dapat pingat gangsa?

“Saya memang dah ada dekat situ (pingat gangsa), jadi saya perlu ambil masa untuk masa untuk menghadam benda ini dan ia tidak mudah,” katanya.

Temubual ini dipercayai berlangsung selepas dia membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di Instagram Story (IGS) akaun miliknya kerana gagal berada di podium.

Pelumba Belanda raih emas diikuti oleh dua pelumba Australia

Dalam aksi final keirin di Velodrom Saint Quentin en Yveline itu, pelumba Belanda, Harrie Lavreysen berjaya meraih pingat emas manakala perak pula dimenangi oleh pelumba Australia, Matthew Richardson dan rakan sepasukannya, Matthew Glaetzer membawa pulang gangsa.

Terdahulu, Shah Firdaus yang turut dikenali sebagai ‘Terminator’ itu berjaya bangkit meneruskan perlumbaan untuk menamatkannya di tempat keempat tetapi keputusan itu dibatalkan dan bertukar ke tempat keenam.

Difahamkan, tindakannya menghalang Nakano terlebih dahulu sebelum berlakunya pelanggaran menyebabkan status kedudukannya menjadi relegated.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.