fbpx
Now Reading
Azizulhasni Dedah Paris 2024 Adalah Sukan Olimpik Terakhirnya

Azizulhasni Dedah Paris 2024 Adalah Sukan Olimpik Terakhirnya

Menurut Azizulhasni beliau bagaimanapun belum mempunyai pelan yang lengkap dan ada banyak perancangan namun ingin berehat serta luang masa bersama keluarga dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 10 Ogos yang lalu telah berlangsungnya acara Keirin Olimpik Paris 2024 yang turut menampilkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Namun acara yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin itu telah membuatkan ramai rakyat Malaysia kecewa apabila penyertaan Azizulhasni itu dibatalkan (Disqualified) selepas didapati memotong derny sebelum ia meninggalkan trek.

Perkara itu turut membuatkan Azizulhasni yang juga terkenal dengan nama ‘The Pocket Rocket Man’ sedih dan tampil di ruang media sosialnya untuk menjelaskan keadaan yang berlaku.

Meskipun ramai yang kecewa dengan perkara itu, namun ramai yang tetap memberikan semangat kepada Azizulhasni kerana beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara.

Baca artikel berkaitan: “Pacer Bergerak Perlahan, Saya Dihimpit” – Azizulhasni Perjelas Punca ‘Disqualified’ & Tersingkir

Dah janji dengan keluarga Paris 2024 adalah Sukan Olimpik terakhir

Terbaharu, Azizulhasni turut memaklumkan bahawa beliau mungkin tidak akan menunggu tempoh empat tahun bagi Sukan Olimipik Los Angelas 2028 (LA28) untuk menebus impian bagi mendapatkan pingat emas.

Jelas atlet berbasikal itu kepada Bernama, beliau sudah berjanji terhadap keluarga Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menjadi olimpik terakhir buatnya selepas membuat pembedahan jantung terbuka April 2022 lalu.

Meskipun masih boleh beraksi sehingga LA28 melalui penjagaan tubuh badan yang baik namun beliau merasakan adanya keperluan untuk berehat selepas berdepan dengan tekanan serta cabaran selama berkecimpung dalam sukan itu sekitar dua dekad.

Selain itu, beliau juga ingin menyerahkan kepada generasi seterusnya untuk bersaing dalam acara tersebut.

Belum ada perancangan lengkap namun ingin berehat

“Walaupun akan berusia 40 tahun, jika menjaga badan dengan baik, saya tahu pelan tindakan, apa yang perlu dilakukan, memang susah, tapi saya boleh lakukannya.

“Tapi selepas pembedahan jantung, ibu, isteri dan anak-anak saya memaksa saya untuk bersara dan saya sudah berjanji Paris adalah Sukan Olimpik terakhir saya.

“Jadi, saya tidak tahu kalau mereka bagi (untuk teruskan), tapi sudah terlalu lama. Pada satu ketika, saya masih mahu teruskan ada semangat dalam diri tetapi saya percaya pada satu ketika perlu melangkah ke belakang juga. Mungkin akan berlumba untuk satu atau dua tahun lagi.

“Setakat ini saya belum ada pelan lengkap…saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu. Bila balik ke Malaysia, akan duduk berbincang semula,” jelasnya.

Mohon maaf, Azizuhasni mempunyai keinginan yang berganda untuk bawa pulang emas

Beliau yang turut memohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dan menghampakan rakyat Malaysia serta mengatakan dia lebih terkesan berbanding orang lain.

Faham jika ada yang kecewa, sedih atau marah namun beliau meminta untuk membayangkan dirinya kerana keinginannya untuk membawa pulang emas berganda-ganda.

“Rakyat Malaysia memang sedih, kecewa, ada yang mungkin marah, saya faham tapi bayangkan saya. Tentang diri saya. Jika rakyat Malaysia mahukan emas, bayangkan saya, saya mahukan mungkin seribu, sejuta kali ganda.

“Saya yang bekerja keras, mewakili Malaysia selama bertahun-tahun, bekerja keras untuk melayakkan diri dan persiapan semua dengan kesukaran yang kami lalui. Tetapi ini adalah sebahagian daripada sukan,” ujarnya lagi.

Nak bantu atlet elit dan atlet muda

Pada masa sama, Azizulhasni mengatakan beliau semangat untuk membantu atlet elit, meningkatkan atlet muda atau sebagai jurulatih namun belum lagi mempunyai perancangan yang lengkap untuk menyumbang semula dalam sukan.

Malah beliau juga ingin menyiapkan ijazah sains senaman klinikalnya.

Dalam pada itu, Azizulhasni turut meluahkan kekecewaannya dengan pengadilan yang disifatkan tidak konsisten serta cara tertentu mengengai perkara-perkara yang dikendalikan di peringkat antarabangsa berkaitan sukan terbabit.

Untuk rekod, Azizulhasni merupakan atlet berbasikal trek yang pernah memenangi pingat emas keirin ketika Kejohonan Dunia 2017.

Selain itu, beliau juga merupakan atlet pertama di negara ini yang membawa pulang pingat gangsa bagi acara keirin ketika Sukan Olimpik Rio 2016 dan pingat perak sewaktu Olimpik Tokyo 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.