fbpx
Now Reading
Benarkah Media Malaysia Salah Lapor Tentang Atlet Indonesia Minum Air Basuhan Kaki Ibu? Ini Yang Kami Temui

Benarkah Media Malaysia Salah Lapor Tentang Atlet Indonesia Minum Air Basuhan Kaki Ibu? Ini Yang Kami Temui

Sebelum ini bukan hanya media tempatan, malah portal seperti CNN Indonesia turut melaporkan yang Rizki Juniansyah ada mengamalkan ritual meminum air basuhan kaki ibunya sebelum bertanding.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, atlet angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah menjadi perhatian ramai selepas jejaka berusia 21 tahun ini berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara angkat berat 73 kilogram di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejayaan Rizki sekaligus mencatat rekod baru di kejohanan Olimpik dan menjadikan Indonesia pada kedudukan ke-39 selepas mengumpul dua emas.

Sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaaan Rizki yang berjaya menempa kejayaan temasya sukan berprestij ini.


Memohon Keberkatan Ibu Menjadi Penguat Buat Rizki

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram milik atlet berkenaan (@rjuniansyah), Rizki berkongsi rutin yang selalu dilakukan oleh dirinya sebelum melakukan atau bertanding dalam pertandingan angkat berat.

Menurutnya, rutin itu dilakukan dengan mencium dan mencuci kaki ibunya kerana berpendapat bahawa ia membolehkan dirinya mendapat keberkatan ketika dalam pertandingan.

Memang ibuku itu yang terbaik buat diriku kerana ibuku selama ini dari aku kecil telah memberi sokongan dan mendoakan saya ketika saya bertanding ataupun sedang menjalani latihan.

Rizki Juniansyah

Tular Dakwaan Rizki Minum Air Basuhan Kaki Ibunya Sebagai Ritual Sebelum Olimpik

Namun, tular di media sosial tentang dakwaan Rizki telah meminum air basuhan kaki ibunya sebelum bergelar juara dalam acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah, dakwaan itu turut dilaporkan oleh agensi media tempatan seperti Buletin Utama, Harian Metro dan Berita Harian.

Ini menyebabkan berlakunya perdebatan hangat di media sosial sehingga ada yang mendakwa media tempatan sengaja membuat laporan ‘palsu’ dan melaga-lagakan dua pihak memandangkan laporan dilihat berbeza dengan video yang dikongsikan atlet berkenaan.

Turut Dilaporkan CNN Indonesia Dan Kementeri Komunikasi Indonesia

Sehubungan itu, kami telah melakukan carian dan mendapati perkara sama turut dilaporkan oleh beberapa portal berita Indonesia seperti CNN Indonesia bertarikh 8 Ogos 2024.

Malah, info sama turut diterbitkan Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia (KOMINFO) pada 9 Ogos.

“Saya sebelum ikut kejuaraan (sertai pertandingan) itu biasanya mencuci tangan dan kaki ibu dengan air, lalu airnya saya minum,” kata Rizki di dalam laporan itu.

Majalah perniagaan di Indonesia iaitu Marketeers juga melaporkan perkara sama pada 10 Ogos dengan memetik ucapan Rizki itu yang difahamkan diambil dari satu siaran terbitan Majlis Olimpik Kebangsaan Indonesia (NOC).

Sumber: Instagram @rjuniansyah/ Facebook NOC Indonesia

Dia didakwa melakukan ritual yang sama sebelum bertanding dan menempah kemenangan di Piala Dunia IWF 2024.

Walau bagaimanapun, Rizki sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung topik hangat berkenaan.


Netizen Indonesia Anggap ‘Ritual’ Perkara Biasa Bagi Setiap Atlet

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ainurohman), pengguna media sosial ini berpendapat bahawa ‘ritual’ yang dilakukan oleh setiap atlet adalah suatu kebiasaan dan ia berbeza-beza mengikut individu.

Sebagai contoh, wujud atlet yang akan memakan sebungkus biskut bayi dan meninggalkan dua biji terakhir sementara ahli sukan yang lain pula dikatakan sengaja memakai seluar dalam secara terbalik serta mendengar lagu yang sama.

Sebelum ini, hos dan penyanyi terkenal Indonesia Raffi Ahmad juga mengaku pernah meminum air basuhan kaki ibunya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.