fbpx
Now Reading
Cubaan Lelaki Selamatkan Motosikal Ketika Banjir Di Melaka Undang Perhatian [Video]

Cubaan Lelaki Selamatkan Motosikal Ketika Banjir Di Melaka Undang Perhatian [Video]

Walau bagaimanapun, motosikalnya itu tidak dapat diselamatkan kerana hanyut dibawa arus deras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (11 Ogos), beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca hujan lebat dan ribut petir yang berterusan.

Keadaan cuaca buruk itu menyebabkan ada kawasan khususnya di Melaka dilanda banjir antaranya seperti Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Laporan banjir di Melaka Ahad 11/8/24 1 Ramuan Cina 2 Kg Ayer Limau 3 Pasar Masjid Tanah 4 Dewan Masjid Tanah 5 Taman…

Posted by Melaka Daily on Sunday 11 August 2024

Situasi ini sememangnya boleh menyebabkan beberapa jalan perhubungan utama terputus selain menjadi punca kerosakan kenderaan jika individu tetap cuba meredah banjir untuk sampai ke destinasi.

Tidak kurang juga kenderaan kecil seperti motosikal berisiko untuk dihanyutkan arus deras jika seseorang tetap mahu meneruskan perjalanan dengan meredah banjir tersebut.

Lelaki Cuba Selamatkan Motosikal Ketika Banjir

Begitulah yang dihadapi oleh seorang penunggang motosikal apabila kenderaan miliknya dihanyutkan arus banjir.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna di akaun TikTok @hancur_110, kelihatan seorang lelaki cuba menarik motosikalnya ketika kenderaan itu dihanyutkan oleh arus deras.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan motornya itu.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat dia cuba menarik kenderaan itu namun tidak berjaya dek kerana arus yang mengalir dilihat agak laju.

Malah, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain turut meminta penunggang motosikal berkenaan untuk melepaskan sahaja kenderaannya itu.

Motosikal Tidak Dapat Diselamatkan

Walau bagaimanapun, ada pengguna TikTok yang lain memaklumkan kenderaan lelaki itu tidak dapat diselamatkan kerana hanyut dibawa arus deras.

Malah, penunggang motosikal itu berjaya diselamatkan oleh beberapa individu lain dengan menggunakan tali untuk menariknya.

Difahamkan, lokasi kejadian berkenaan berlaku di Masjid Tanah, Melaka dan pada ketika itu lelaki tersebut didakwa turut membawa jentera mesin rumput bersamanya.

@hancur_1110

MASJID TANAH BANJIR SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ORG DISANA MARI RMAI II DOA KAN MEREKA SLMT#fyp #fypシ゚viral #viral #fypシ #banjir2024 #masjidtanah #melakahawau #fyp

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Perbuatan Penunggang Motosikal Undang Pelbagai Reaksi

Tindakan penunggang motosikal tersebut nyata menarik perhatian ramai. Bukan sahaja perakam video, malah pengguna media sosial yang melihat situasi berkenaan turut menzahirkan kerisauan.

Rata-rata warganet yang lain turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penunggang motosikal itu.

Ini kerana ada yang berpendapat mungkin motosikal itu adalah satu-satunya kenderaan yang dimiliki olehnya dan digunakan untuk mencari rezeki.

Tidak kurang juga ada yang menyuarakan agar pihak berkenaan khususnya orang yang berkemampuan untuk memberi bantuan kepada lelaki tersebut.

Tips Buat Penunggang Motosikal Meredah Banjir

Sekadar info, sebagai penunggang motosikal, anda boleh menggunakan beberapa tips ini jika terpaksa meredah banjir:

  • Pastikan kedalaman air terlebih dahulu. Anda boleh jadikan kaki lima, pembahagi jalan atau papan tanda sebagai petunjuk.
  • Anda perlu pastikan melalui jalan yang paling tinggi.
  • Pastikan dapat lihat laluan daratan yang jelas agar anda tidak perlu berhenti ketika berada di tengah air.
  • Jangan redah air atau banjir yang sedang mengalir laju. Ini kerana anda berisiko untuk diseret air.
  • Kekalkan kelajuan pada kadar yang perlahan dan pastikan motosikal berada dalam jarak yang selamat dengan kenderaan hadapan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Allahu, Sedihnya, Terbayang Kalau Motor Tu Satu-Satunya Yang Dia Ada, Punca Rezeki Dia Ke Sana Ke Sini”

“Semoga Ada Dermawan Jutawan Bantu Pak Cik Tu, Kesian Tengok Dia Menahan Moto Tu”

“Arus Kuat Siapa Pun Tak Berani Masuk Tolong, Bahaya. Semoga Allah Permudahkan Pak Cik Tu”

“Semoga Dipermudahkan Segala Urusan”

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kebanyakan Kereta Perodua Seperti Myvi Boleh Redah Banjir? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup Redah Arus Deras Demi Hantar Makanan Buat Mangsa Banjir Di Johor [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.