fbpx

“Jangan Pakai Di Bibir” – Doktor Kongsi Bahaya Guna Lipstick ‘Tester’, Boleh Sebabkan Oral Herpes [Video]

Menerusi video tersebut, doktor berkenaan menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada berkongsi sudu, garfu, straw, botol air serta mencuba lipstick tester terus ke bibir untuk mengelakkan virus oral herpes.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesihatan merupakan salah satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Oleh itu, sebagai hambanya kita dituntut untuk menjaga kesihatan dengan baik.

Malah dalam keadaan di masa kini, tak dinafikan terdapat pelbagai penyakit yang menular dan boleh menjangkiti orang ramai.

Sehubungan itu, pelbagai tips dan juga nasihat kesihatan di berikan oleh pengamal perubatan bagi memastikan orang ramai sentiasa berhati-hati dan kekal sihat.

Dr kongsi mengenai oral herpes type 1

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusydina telah berkongsi beberapa nasihat kepada orang ramai untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan Oral Herpes type 1.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, awalnya terdapat salah seorang pengikut memaklumkan terkena jangkitan herpes walhal tidak pernah melakukan sebarang hubungan intim serta tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana individu.

Bimbang dengan perkara itu dia kemudian bertanya adakah jangkitan itu boleh sembuh atau kumannya akan kekal di dalam badan.

Larang kongsi sudu, garfu, straw atau lipstick khususnya tester di kedai kosmetik

Susulan daripada soalan itu, Dr Rusydina kemudiannya menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sudu, garfu, penyedut minuman, botol minuman dengan orang lain.

Malah turut menegaskan para wanita yang berkunjung ke kedai kosmetik untuk tidak memakai alat cubaan (tester) lipstick terus ke bibir.

Dia juga turut menceritakan sewaktu belajar di Australia sebagai pelajar medic (medical), dia pernah ditegur oleh jurujual ketika meletakkan lipstick tester pada bibir kerana bimbang mendapat jangkitan oral herpes.

“Herpes virus mempunyai dua jenis. Type 1 dengan type 2. Type 1 herpes majoriti memang infeksi pada bahagian mulut, sebab itu dia dipanggil oral herpes.

“Type 2 pula sering berlaku pada bahagian alat kelamin (genital area). Jadi ia dipanggil genital herpes. Adakah herpes type 1 masih lagi kategori Sexually Transmitted diseases (STD)? Ya, ia juga masih lagi boleh berjangkit melalui hubungan kelamin.

“Walaupun herpes virus type 1 tu dia banyak dekat mulut, dia juga boleh menjangkiti genital area, dan dari genital area boleh menjangkiti mulut,” ujarnya.

Herpes type 1 boleh berjangkit bukan hanya melalui hubungan kelamin

Malah Dr Rusydina turut memberikan karakteristik individu yang dijangkiti herpes seperti mempunyai ulser di keliling bibir.

“Apa yang kita kena berhati-hati adalah herpes type 1 ini, ia boleh berjangkit dari seorang manusia ke manusia lain.

“Bukan sahaja melalui hubungan seksual, dia boleh menjangkiti dalam bentuk lain seperti bercium.

“Kalau orang tu tengah ada infeksi yang aktif. Ulser atau kemerahan (rash) pada bibir tengah bengkak, tengah sakit maksudnya tengah ada virus yang fresh (aktif) dekat situ.

“Jadi kalau dia makan atau minum gunakan sudu atau straw, virus itu boleh berpindah ke atas makanan atau minuman tersebut,” katanya lagi.

Virus herpes kekal dalam badan

Oleh itu, apabila seseorang makan, minum menggunakan sudu atau straw yang sama mereka juga boleh dijangkiti herpes.

Jelasnya lagi, herpes merupakan virus yang akan kekal di dalam badan sebaik seseorang dijangkitinya meskipun luka atau ulser sudah baik.

Antara simptom awal infeksi kepada virus tersebut adalah seperti:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Ulser dekat bibir atau dalam mulut
  • Limfa membengkak

Tambah Dr Rusydina lagi apabila seseorang yang pernah dijangkiti virus tersebut mengalami demam atau imun sistem yang lemah herpes boleh menyerang semula.

@dr.rusydina

Replying to @hardin69 oral herpes ada ubat tak? Saya share tentang herpes simplex virus type 1. Video saya share pasal std tu kat sini @Dr Rusydina #herpes #oralherpes #hsv #hsv1 #herpessimplex #coldsore #medicaltiktok #doctorsoftiktok

♬ original sound – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng

Ubat antivirus dan krim antiviral sebagai rawatan untuk kurangkan virus

Kebiasaannya untuk merawat masalah ini, doktor akan memberikan ubat antivirus dan krim antiviral agar ulser dialami cepat baik.

“Fungsi ubat ini adalah untuk mengurangkan virus pada masa itu, namun ia tidak boleh menyingkirkan virus terbabit dari dalam badan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.