Kekal Tenang & Ketawa Meskipun Veil Tertumpah Belacan, Ramai Kagum Dengan Reaksi Pengantin Perempuan [Video]
Menurut jurukamera, pakaian pengantin itu kotor kerana tertumpah kuah belacan dan dia sempat merakam momen sewaktu ahli keluarga cuba membantu membersihkan veil tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang bergelar raja sehari pastinya inginkan majlis mereka berjalan dengan sempurna seperti yang dirancangkan.
Malah di hari bahagia inilah orang ramai akan bertandang ke majlis untuk meraikan mempelai yang tampil cantik dengan busana serta tatahias di wajah yang menaikkan lagi seri pengantin.
Walau bagaimanapun dalam gembira meraikan hari bahagia, adakalanya terdapat perkara atau insiden yang tidak dapat dijangka berlaku dan ia mungkin boleh membuatkan mood pengantin berubah menjadi marah, kecewa dan banyak lagi.
Pengantin kekal tenang meskipun baju kahwin kotor
Namun berbeza dengan pengantin perempuan ini apabila dia dilihat tenang meskipun veil yang dipakai terkena kotoran sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Senjakala.wedding di Instagram, awalnya kelihatan beberapa wanita yang sedang berkumpul mengelilingi pengantin perempuan.
Malah turut kelihatan beberapa individu yang sedang sibuk mencuci pakaiannya. Menurut Senjakala yang merupakan jurugambar, kejadian berlaku apabila kuah belacan tertumpah di atas veil pengantin perempuan.
Keluarga bantu bersihkan veil kotor
Oleh itu, ahli keluarga yang berada di sekelilingnya sedang membantu untuk membersihkan veil tersebut. Malah turut kelihatan ada yang sedang mencuci kotoran pada baju tersebut.
Tidak kurang juga ada yang membantu merendam hujung veil itu dan ada juga yang dilihat seperti meletakkan bedak pada pakaian tersebut.
“Kesian pengantin perempuan, satu bekas kuah belacan tertumpah atas veil. Suami menjalankan tanggungjawabnya, tenangkan isteri dan keluarganya tolong cucikan (veil dan pakaian).
“Sebagai jurukamera perkahwinan, ini adalah masa kami untuk mengambil momen seperti ini,” jelasnya.
Siap boleh ketawa, ramai puji pengantin tenang
Dalam video itu, jurukamera turut berkongsi beberapa gambar pengantin perempuan yang tertawa sewaktu ahli keluarga sedang membersihkan veil yang dipakainya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa pengantin perempuan tersebut dan memujinya kerana dilihat tenang menghadapi situasi itu.
Tidak kurang juga ramai yang memuji si suami kerana turut membantu isteri ketika berdepan dalam situasi itu.