“Menangis Orang Arab”- Peniaga Tempatan Jual Kunafa Siap Soft Cookies & Disalut Coklat Raih Perhatian [Video]
Difahamkan, hidangan tersebut merupakan menu baharu yang diperkenalkan oleh peniaga itu dan dijual pada harga RM25.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada ketika ini, dapat dilihat pelbagai jenis makanan baharu yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan antaranya seperti menu daripada negara Korea, Jepun dan Arab.
Apabila menyebut tentang makanan dari Timur Tengah, selain daripada Nasi Arab, hidangan lain yang turut menjadi pilihan ramai adalah Kunafa.
Ia yang turut dikenali sebagai Kunafeh merupakan antara hidangan pencuci mulut popular dalam kalangan masyarakat Timur Tengah dan turut menjadi kegemaran kebanyakan individu di negara ini.
Lazimnya, kunafa boleh didapati daripada peniaga Arab yang menetap di Malaysia. Namun, pada masa kini, ada juga rakyat Malaysia yang berkebolehan membuat kunafa hingga mampu menjual hidangan tersebut kepada orang ramai.
Kunafa Buatan Tempatan Siap Ada Biskut Lembut & Topping
Berbeza dengan kunafa tradisional yang biasa dijual, seorang peniaga menjadi perhatian apabila menawarkan hidangan menu kunafa yang unik dan disifatkan berbeza dari yang lain.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @bestfoodmy, kelihatan seorang wanita sedang menyediakan hidangan kunafa istimewa buat pelanggannya itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah hidangan kunafanya yang berwarna merah ditambah dengan coklat putih serta kacang pistachio rangup sebelum disaluti dengan coklat buatan sendiri.
Malah, apa yang lebih unik adalah pencuci mulut dari jenis pastri itu dihidangkan bersama dengan biskut lembut (soft cookies) dan juga tambahan coklat serta topping yang lain.
Hanya Dijual Dengan Harga RM25
Difahamkan, hidangan tersebut merupakan menu baharu yang diperkenalkan oleh peniaga itu dan dijual pada harga RM25.
Malah, wanita itu turut menjelaskan mereka juga menjual kunafa yang biasa dengan harga hanya RM17. Difahamkan, lokasi kedai berkenaan terletak di Masai, Johor.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 780 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi berbeza apabila melihat hidangan tersebut.
Ada yang mempertikaikan menu itu kerana didakwa merosakkan rasa dan rupa original makanan yang berasal daripada Timur Tengah itu.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan kerisauan apabila melihat jumlah coklat dan topping yang terlalu banyak hingga mereka bimbang dengan kesihatan individu yang menikmati hidangan tersebut.
Walaupun ada yang mengecam, ada juga pengguna media sosial yang menyokong dan dapat menerima menu itu.
Ini kerana ada warganet yang pernah menjadi pelanggan di kedai itu berpendapat Kunafa yang dijual sedap dan amat berpatutan.
Sekadar info, hasil carian kami mendapati sememangnya ada kunafa yang dimakan bersama coklat.
Sebagai contoh, Kunafa Chocolate Bar yang popular di Dubai. Malah, seorang influencer makanan luar negara, Ribah Khan turut berkongsi hidangan viral itu.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Menangis Orang Arab Tengok Melayu Jual Kunafa”
“Tak Tipu, Sumpah Sedap, Tapi Tak Sanggup Nak Beratur”
“Agak-Agak Apa Perasaan Pak Arab Tengok Kunafa Orang Kita”
“Kunafa Style Arab Cheese Dalam Doh Kataifi, Tapi Versi Melayu Bantai Letak Cheese Moza Tu Bawah Sekali Lepas Tu Tambah Topping”
“Aku Tak Kisahlah Orang Cakap Apa, Aku Kalau Dapat Aku Beli, Untung Wei Harga RM25”
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal, Dahla Berapa Batang Je” – Ramai Terkejut Lihat Peniaga Jual Kentang Goreng RM19 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]