fbpx
Now Reading
“Mentaliti Kelas Ke-3” – Wanita Kecewa Kemudahan Awam Di Shah Alam Rosak Tak Sampai Sebulan [Video]

“Mentaliti Kelas Ke-3” – Wanita Kecewa Kemudahan Awam Di Shah Alam Rosak Tak Sampai Sebulan [Video]

Dalam video terbabit, kelihatan kaca di pintu rak buku yang disediakan di kawasan awam itu telahpun pecah selain terdapat juga sampah yang ditinggalkan begitu sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara yang banyak menyediakan kemudahan-kemudahan awam terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk.

Meskipun fasiliti awam yang dibina adalah untuk memudahkan orang ramai, namun masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme serta merosakkannya.

Influencer kecewa kemudahan awam di Shah Alam rosak tak sampai sebulan

Seperti baru-baru ini, seorang influencer yang dikenali sebagai Nani Roslan meluahkan kekecewaannya selepas beberapa fasiliti awam yang dibina di sebuah kawasan taman rekreasi di Shah Alam rosak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@nani.roc), Nani mendakwa bahawa fasiliti ruang bacaan yang mempunyai rak buku dengan cermin kaca itu rosak tidak sampai sebulan ia dipasang oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pintu rak buku pecah, sampah dibiarkan tidak dibuang

Dalam video terbabit, kelihatan kaca di pintu rak berkenaan telahpun pecah selain terdapat juga sampah yang ditinggalkan begitu sahaja.

“Inilah sebab kenapa kita tak boleh ada benda-benda yang baik, tengok ini, tak sampai sebulan tau, kenapa kita tak boleh ada benda yang baik, ‘come on’ orang Shah Alam, buat lebih baik,” katanya.

Pintu rak buku di Lake Garden tercabut

Dalam satu lagi perkongsian video berlainan, Nani menunjukkan sebuah lagi rak buku di Lake Garden Shah Alam yang juga berada dalam keadaan rosak di mana pintu rak berkenaan telahpun tercabut.

“Sedih tau tengok macam ini,” ringkas tulisnya di kapsyen.

Jelas, perbuatan vandalisme sebegini menyebabkan kawasan taman yang dihias cantik dengan pelbagai kemudahan-kemudahan itu menjadi buruk.

Tidak hanya itu, ia juga sedikit sebanyak boleh memberi persepsi negatif daripada pelancong-pelancong asing terhadap masyarakat di negara ini.

@nani.roc

Replying to @Kentang sedih tau tengok macam ni 😭😭

♬ original sound – Nani Roslan – Nani Roslan

Masyarakat di Malaysia belum bersedia jadi negara maju?

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan masyarakat di negara ini masih belum bersedia untuk maju sekiranya mentaliti sebegini tidak diubah.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir orang yang menyatakan perbuatan sedemikian berkemungkinan bukanlah dilakukan oleh penduduk di Shah Alam, sebaliknya orang luar.

Malah, mereka turut memberi cadangan agar MBSA mengetatkan lagi kawalan di kawasan fasiliti-fasiliti awam dengan menyediakan kamera litar tertutup (CCTV).

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berkerusi Roda Dedah Kelemahan Fasiliti OKU Di KL, Laluan Sedikit Tinggi & Sukar Nak Lalu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.