fbpx
Now Reading
Peniaga Kongsi Kisah Pelanggan Mengamuk Lepas Kantoi Menipu Konon Dah Bayar Makanan Guna QR [Video]

Peniaga Kongsi Kisah Pelanggan Mengamuk Lepas Kantoi Menipu Konon Dah Bayar Makanan Guna QR [Video]

Pelanggan itu kemudiannya menjerit dan mengamuk sehingga menghempaskan makanan yang dibeli ke makanan lain yang sedang dijual selepas menyedari perbuatan menipunya berjaya dikesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan teknologi pada masa kini diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian. Antara yang paling ketara adalah kaedah pembayaran sewaktu membuat pembelian.

Jika dahulu, kebanyakan barang atau produk yang dibeli hanya dibayar menggunakan wang tunai.

Namun, pada ketika ini dapat dilihat pelbagai medium atau cara pembayaran antaranya seperti dompet digital (e-wallet) atau yang paling biasa digunakan melalui pembayaran kod QR (Quick Response).

Meskipun ia diakui memudahkan bagi kebanyakan individu, namun kaedah bayaran itu juga menyebabkan seseorang itu berisiko untuk ditipu oleh pengguna yang lain.

Konon Dah Bayar Melalui QR

Begitulah yang dihadapi oleh seorang peniaga pasar malam apabila dia ditipu oleh pelanggannya dengan cara bayaran tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mokyuss_73, wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Mama tampil menceritakan kejadian sebenar.

Menurut Mama, individu terbabit pada mulanya telah mengambil makanan seperti ramen, ayam, bubur nasi serta set ayam korea keju yang secara keseluruhannya berjumlah RM85. Pelanggan berkenaan kemudiannya memilih untuk membuat bayaran secara QR.

Perasan Pelanggan Tak Tekan ‘Pay’

Walaupun pada ketika itu ramai pengunjung di gerainya, Mama mendedahkan dia menyedari individu terbabit tidak menekan butang ‘pay’ (bayar) sewaktu pelanggan itu menunjukkan bukti pembayaran yang telah dibuat.

“Tapi Mama perasan tau dekat bawah tu masih terang-terang tulis ‘pay’ bermakna dia belum tekan, betul tak? Lepas itu, tak masuk sebab telefon Mama tak de bunyi,” kata wanita itu.

Jelas Mama lagi, pelanggan terbabit dilihat mahu segera beredar dari situ tetapi sempat dihalang olehnya pada ketika itu.

“Mama check check, tak masuk dalam akaun. Mama kata, ‘tak masuk ni dik, tak boleh bawa makanan tu selagi tak masuk’,” kata wanita itu lagi.

Pelanggan Play Victim, Mengamuk Lepas Kantoi

Tambah Mama, pelanggan itu bertegas bahawa dia sememangnya telah membuat pembayaran. Ekoran itu, Mama kemudiannya meminta untuk melihat semula bukti bayaran yang telah dibuat.

Namun, pelanggan itu kemudiannya menjerit dan mengamuk sehingga menghempaskan makanan yang dibeli ke makanan lain yang dijual.

“Tiba-tiba dia boleh menjerit, dia macam play victim, dia dah kantoi. Dia jerit-jerit, lepas tu dia baling makanan tu atas ayam Mama, dengan customer tengah ramai.

“Mama apa lagi, dah geram, kita ambil sudip. Amarah ni naik, kita pun keluar, kita hempuk bagi ke dia, kita dah geram sebab dia kurang ajar, lepas tu dia dah kantoi, dia mengamuk dekat kita.

“Lepas tu diorang (orang ramai) semua pegang, last sekali tak tahulah polis ambik ke apa ke,” jelasnya.

Jelas Mama lagi, keadaan sebegitu sering dihadapi oleh peniaga sepertinya disebabkan ada pelanggan yang menipu menggunakan kaedah bayaran QR.

Pengguna Media Sosial Cadang Guna Soundbox, Tak Perlu Risau Ditipu Pelanggan

Video yang mendapat tontonan lebih 2.8 juta itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata dilihat menyuarakan sokongan terhadap peniaga wanita itu kerana bertindak sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar Mama membeli Soundbox QR bagi mengelakkan daripada ditipu oleh pelanggan.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman sama ditipu oleh pelanggan dengan menggunakan kaedah tersebut.

Apa Itu Soundbox QR & Cara Mendapatinya

Sekadar info, Soundbox merupakan satu peranti yang mempunyai paparan audio dan visual bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya dilakukan.

Kebiasaannya, alat ini akan mengumum dan memaparkan jumlah bayaran yang dibuat oleh seseorang individu.

Soundbox boleh didapati daripada penyedia perkhidmatan pembayaran antaranya seperti Maybank, RHB dan Touch ‘n Go eWallet.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Saya Peniaga, Saya Pun Dah Banyak Kali Kena, Sekarang Kami Guna Sound Box QR, Baru Rasa Aman”

“Saya Dah Beli Soundbox, Memang Memudahkan, Tak Perlu Nak Terjeling Tengok Handphone Customer”

“Saya Pun Pernah Kena Masa Kerja Jadi Cashier, Ada Orang Beli Barang Banyak Total Dalam RM100”

Baca Artikel Berkaitan: “Order Dulu” – Wanita Kecewa Restoran Minta Buat Pesanan Melalui QR Tapi Kedekut WiFi

Baca Artikel Berkaitan: Selamba Tukar QR Code Tabung Derma Masjid Ke Akaun Sendiri, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.