fbpx
Now Reading
“Malu Dapat, Sakit Pun Dapat” – Rider Tergolek Selepas Tendang Kereta Raih Perhatian Ramai [Video]

“Malu Dapat, Sakit Pun Dapat” – Rider Tergolek Selepas Tendang Kereta Raih Perhatian Ramai [Video]

Penunggang motosikal terbabit bertindak menendang kereta berkenaan kerana tidak berpuas hati pemandu kenderaan itu memasuki lorong kanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman ini, pelbagai ragam pengguna jalan raya yang dapat dilihat dengan adanya rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dipasang di kenderaan.

Tidak dinafikan, kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini memandu secara tertib dan mengikut peraturan, namun masih ada juga segelintir individu yang memandu mengikut perasaan tanpa menghiraukan orang lain.

Malah, terdapat segelintir individu terutamanya penunggang motosikal yang sering dilihat bersikap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur hingga kadang-kala sikap mereka ini boleh menyusahkan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Bagi Signal Kot” – Aksi Rider Tendang Cermin Sisi Porsche Cetus Kemarahan Ramai [Video]

Tular rakaman dashcam penunggang motosikal berlagak samseng, tendang kereta

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal berlagak samseng dengan menendang sebuah kereta di atas jalan raya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan kereta jenis Toyota Corolla Altis berwarna putih itu memberi isyarat untuk masuk ke lorong kanan jalan terbabit.

Bagaimanapun, sebuah motosikal daripada arah belakang enggan memberi laluan kepada kereta tersebut sebelum kenderaan itu dilihat tetap memasuki lorong berkenaan.

Tindakan pemandu itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit berasa bengang dan bertindak menendang kereta berkenaan.

Penunggang motosikal tendang kereta, tapi malang jatuh tergolek pula

Susulan itu, penungang motosikal terbabit yang berasa marah telah bertindak membunyikan hon beberapa kali dan menendang kereta tersebut.

Pun begitu, tindakanya menendang kereta terbabit telah membawa padah apabila dia dilihat jatuh tergolek di atas jalan raya akibat hilang kawalan semasa menendang.

“Malu dapat, sakit pun dapat, acah ‘savage’ nak pecahkan cermin kereta orang,” ciap pemilik akaun.

Ramai kecam dan puas hati rider tendang kereta jatuh tergolek

Rakaman ‘dashcam’ berdurasi 20 saat itu telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit.

Tidak hanya itu, mereka turut berpuas hati melihat penunggang motosikal berkenaan jatuh tergolek akibat perbuatannya itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.