Pengkaji Etnomatematik Dakwa Sukan Olimpik Berasal Dari Upacara Penyembahan Berhala [Video]
Menurutnya, api yang disembah itu adalah Apollo atau Tuhan Matahari, disebabkan itu setiap kali upacara pembukaan Sukan Olimpik pasti akan ada nyalaan api dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Temasya Sukan Olimpik merupakan acara sukan yang teragung dan paling berprestij di dunia selain daripada Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.
Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali ini akan mempertandingkan ratusan acara melibatkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia yang bersaing untuk merebut pingat emas, perak dan gangsa.
Sejarah mengenai kemunculan Sukan Olimpik ini mungkin tidak diketahui ramai, namun kebanyakan orang pasti tahu bahawa temasya ini hanyalah sebuah pertandingan sukan di peringat yang tinggi.
Dr Mat Rofa dakwa Sukan Olimpik berasal dari penyembahan berhala
Bagaimanapun, seorang pendakwah dan pengkaji etnomatematik, Dr. Mat Rofa Ismail mendakwa bahawa Sukan Olimpik berasal daripada penyembahan berhala.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kuliahonlineofficial, Dr Mat Rofa berkata dewa-dewa yang terlibat di dalam acara itu adalah dewa yang sukakan sukan sebagai ibadah.
“Rupa-rupanya mereka bersukan bukan untuk sukan, tetapi sebagai penyembahan Dewa Apollo. Mereka juga ada penyembahan api,” katanya.
Sukan Olimpik sembah api iaitu Dewa Apollo atau Tuhan Matahari?
Menurutnya, api yang disembah itu adalah Apollo atau Tuhan Matahari, disebabkan itu setiap kali majlis pembukaan Sukan Olimpik pasti akan ada upacara nyalaan api.
“Tuhan Matahari ini akan disembah pada hari Sukan Olimpik dan sebagai simbolnya mereka membakar di Gunung Helepes.
“(Olimpik) penuh pemujaan, tiada kena mengena dengan umat Islam, sukan orang menyembah Apollo apa kena mengena dengan kita?” katanya lagi.
Atlet sukan Olimpik hanya tutup bahagian badan yang penting sahaja
Menurutnya lagi, ketika awal Sukan Olimpik dahulu, setiap atlet mestilah memakai ‘pakaian tanpa pakaian’ iaitu hanya menutup bahagian badan yang penting sahaja dan sehingga hari ini ia masih diterapkan.
“Pakaian yang dipakai untuk tutup tempat (bahagian badan) yang sangat sangat penting sahaja, itulah Sukan Olimpik,” ujarnya.
Memetik Strixe, Sukan Olimpik bermula di Olympia iaitu sebuah bandar kecil di barat daya Yunani kira-kira pada tahun 776 SM (sebelum Masihi).
Difahamkan, Olympia bukanlah hanya sebuah tempat pertandingan sukan, tetapi juga pusat keagamaan yang menghormati Zeus, dewa utama dalam mitologi Yunani.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tentang kesahihan perkara ini, namun memetik laman ITA, temasya Olimpik moden pertama berlangsung pada April 1896, ini selepas penubuhan Majlis Olimpik Antarabangsa pada 23 Jun 1894.
Difahamkan, temasya pertama ini dianjurkan selepas lebih 1,500 tahun tidak diakan.
Malaysia tamatkan Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih 2 pingat gangsa
Terdahulu, Sukan Olimpik Paris 2024 telahpun melabuhkan tirainya pada 11 Ogos lalu di mana Malaysia berjaya meraih dua pingat gangsa menerusi acara badminton beregu lelaki dan badminton perseorangan lelaki.
Meskipun hanya membawa pulang dua pingat gangsa, pujian tetap harus diberikan kepada atlet-atlet yang telah berusaha sehabis baik bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Sekadar info, penyertaan pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik adalah pada tahun 1956 di Melbourne, Australia dengan hanya membawa 33 atlet sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Azizulhasni Dedah Paris 2024 Adalah Sukan Olimpik Terakhirnya
Baca Arikel Berkaitan: Gelagat Orang Ramai Raikan Kejayaan Lee Zii Jia Rangkul Pingat Gangsa Olimpik Raih Perhatian [Video]