“Report KPDN”- Harga Nasi Goreng Sardin Naik RM1.50 Dalam Masa Sehari Undang Pelbagai Reaksi
Walau bagaimanapun, menu lain seperti telur mata masih dikekalkan pada harga RM1.90 bagi kedua-dua hari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kenaikan harga barang sememangnya memberi kesan kepada setiap individu baik yang bekerja ataupun mereka yang menjalankan perniagaan sendiri.
Bagi kebanyakan peniaga, tiada jalan lain yang dilihat selain daripada terpaksa menaikkan harga jualan bagi menampung kos perbelanjaan.
Namun, kadang kala kenaikan yang dibuat secara tiba-tiba boleh menyebabkan pelanggan mempersoal tentang penetapan harga baru tersebut apatah lagi jika harga itu ditetapkan dalam masa sehari.
Harga Nasi Goreng Sardin Beza RM1.50 Selepas Sehari
Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook El Ukasyah, dia menunjukkan resit nasi goreng sardin yang dibeli daripada sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Apa yang menjadi perhatian adalah harga hidangan tersebut mengalami kenaikan sebanyak RM1.50 berbanding harga sehari sebelum ketika dibeli olehnya.
Melalui hantaran berkenaan, pengguna terbabit dipercayai membeli nasi goreng sardin dengan harga RM7.80 pada 8 Ogos yang lalu.
Dia kemudiannya membeli semula menu yang sama pada keesokkan (9 Ogos) hari namun harga yang dibayar adalah berbeza daripada sebelumnya iaitu RM9.30.
Juruwang Dipercayai Orang Yang Sama
Walau bagaimanapun, menu lain seperti telur mata masih dikekalkan pada kadar RM1.90. Malah, juruwang yang terlibat ketika transaksi pembayaran berlaku dipercayai orang yang sama berdasarkan nama yang tertera di resit tersebut.
Difahamkan, pelanggan berkenaan datang ke restoran itu membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang.
“Mungkin harga dia ikut Bursa Saham,” tulis pengguna berkenaan.
Mungkin 'harga' dia ikut pasaran bursa saham🤭😂 . . #caption #Info #ilmu #coretan #SpreadAwareness #santai…
Posted by EL Ukasyah on Friday 9 August 2024
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna Facebook. Rata-rata terkejut dengan perbezaan harga yang ditunjukkan di resit berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menyeru pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) di ruangan komen untuk menjalankan siasatan terhadap restoran berkenaan kerana menaikkan harga dalam tempoh sehari.
Tidak kurang juga ada yang meminta pelanggan berkenaan untuk membuat laporan kepada KPDN berhubung insiden tersebut.
Hasil semakan kami menerusi laman sosial rasmi kedai makan berkenaan mendapati tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang tular ini.
Laporkan Kepada KPDN Jika Ada Peniaga Naikkan Harga Melampau
Sebagai pengguna, jika anda mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak, anda boleh membuat aduan kepada KPDN menerusi cara berikut;
- Menghubungi Talian Hotline KPDN di talian 1-800-886-800
- Whatsapp aduan menerusi talian 019-279 4317
- Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNHEP, buat pengguna Apple, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi AppStore, manakala pengguna Android di Google Playstore
- Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088/ 6245
- Membuat aduan menerusi Portal e-aduan.kpdnhep di pautan http://eaduan.kpdnhep.gov.my
- Menghantar e-mel di e-aduan@kpdnhep.gov.my
Aduan berkaitan kenaikan harga barangan boleh dikemukakan kepada KPDNHEP melalui saluran-saluran berikut: Talian…
Posted by KPDN Laman Rasmi on Wednesday 24 November 2021
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Boleh Buat Report Dekat KPDN, Satu Hari Je Harga Dah Naik, Memang Kena Restoran Nanti”
“Macam Ini Baru Betul, Ada Nama Restoran & Resit, Pengguna Tak Perlu Takut Dengan KPDN Hantar Laporan & Resit”
“Ada Setengah Peniaga, Hari Ni RM3.50, Esok Tak De Duit Kecil Jadi RM4.00, Harga Bertukar Ikut Situasi”
“Bagus Juga, Lain Kali Makan Semua Minta Resit, Bezakan Semalam & Hari Ini”
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]