fbpx
Now Reading
“Tak Perlu Kaya Untuk Bersedekah”- Ramai Terharu Lihat Makcik Cleaner Belanja Orang Makanan [Video]

“Tak Perlu Kaya Untuk Bersedekah”- Ramai Terharu Lihat Makcik Cleaner Belanja Orang Makanan [Video]

Menurut makcik cleaner berkenaan dia masih mempunyai wang untuk digunakan dan Afira tidak perlu bimbang mengenainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah walau di mana sekali pun kita berada, setiap individu dituntut untuk melakukan kebaikan.

Malah di dalam Islam sendiri mereka yang melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang susah akan sentiasa diberikan ganjaran pahala buat mereka.

Bukan hanya itu, kebaikan yang dilakukan juga dapat menggembirakan hati mereka yang sedang mengalami kesusahan.

Makcik cleaner buat ramai tersentuh

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang makcik yang bekerja sebagai ‘cleaner’ (pekerja pembersihan) sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Afirachin di TikTok, awalnya dia telah dipanggil oleh makcik berkenaan. Sebaik sahaja menghampiri makcik tersebut wanita itu lalu menyuruh Afira untuk memilih makanan yang ada pada sebuah motosikal yang menjual makanan.

Siap beri cadangan untuk pilih kuih kerana nak bayarkan

Malah dia turut mengatakan kepada Afira bahawa dia akan membayar makanan itu. Afira yang ketika itu seperti tidak percaya kemudian bertanya adakah betul makcik terbabit ingin membelikan untuknya?

Makcik kemudian menjawab ya, malah turut memberi cadangan adakah Afira ingin makanan sepertinya selain menyuruh wanita itu untuk memilih kuih yang ada.

Afira kemudian memilih kuih yang diinginkan, sebaik selesai memilih makcik itu kemudian mengeluarkan wang miliknya untuk membuat pembayaran kepada penjual.

Maklumkan ada duit meskipun sudah belanja

Bimbang jika dia menyusahkan makcik tersebut, Afira kemudian bertanya adakah makcik itu masih mempunyai wang? Lalu makcik itu mengatakan ada dan Afira tidak perlu risau mengenai hal itu.

Afira kemudian mengucapkan terima kasih dan mendoakan dia semoga dimurahkan rezeki atas kebaikan yang dilakukannya.

“Bersyukur sangat bila di sekelilingi orang yang baik-baik. Semoga makcik murah rezeki.

“Tak perlu kaya untuk bersedekah,” tulisnya dalam video itu sambil menunjukkan makanan serta minuman yang dibelanja oleh makcik berkenaan.

Jadikan contoh, tak perlu tunggu ada duit banyak untuk bersedekah

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dengan video tersebut kerana meskipun makcik bekerja sebagai cleaner namun ia tidak menghalangnya untuk bersedekah.

Malah ada juga yang menjadikan video itu sebagai peringatan untuk tidak perlu menunggu mempunyai wang yang banyak untuk bersedekah.

“Saya akan menangis dan memeluknya erat.. padahal dia tak mampu tapi masih melakukannya (bersedekah). Semoga murah rezeki makcik”

“Makcik sangat baik dan wanita ini sangat menghormatinya”

“Allah hantar seseorang supaya kita pun jadi macam mereka”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.