Gara-gara Nak Jimat Kos, Pasangan Pengantin Selamba Caj Tetamu RM1,473 Untuk Majlis Perkahwinan
Menurut pasangan pengantin tersebut, dengan caj yang dikenakan kepada tetamu mereka dapat menjimatkan kos perbelanjaan lebih RM309,697.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mempunyai impian tersendiri untuk meraikan majlis resepsinya.
Antara perkara yang sering menjadi perhatian adalah pelamin, busana, tatahias pada wajah termasuklah makanan yang akan dihidangkan kepada tetamu.
Malah ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi memastikan mereka dapat melakukan majlis seperti yang diimpikan.
Pengantin sanggup caj tetamu sebab nak jimatkan kos perbelanjaan majlis
Namun berbeza dengan sepasang pengantin ini apabila mereka mengenakan caj sebanyak $300 (RM1,473.61) kepada para tetamu kerana ingin menjimatkan kos.
Memetik Independent menerusi temubual bersama NBC, pengantin baru yang dikenali sebagai Nova dan Reemo Style menjelaskan mereka mengenakan caj kepada tetamu yang hadir ke majlis sama seperti mereka menghadiri konsert.
Merasakan majlis perkahwinan mereka mahal
Malah pasangan itu berpendapat bahawa majlis mereka adalah mahal dan merasakan jika seseorang individu sanggup mengeluarkan kos untuk menyaksikan bintang pop, maka mereka juga boleh melakukan perkara sama kepada kenalan dan orang yang disayangi.
“Saya katakan orang ramai memilih untuk pergi ke konsert Beyoncé, kerana akan mempunyai pengalaman. Jadi mari berikan tekanan kepada tetamu dengan menjual tiket untuk majlis perkahwinan,” kata Nova.
Reemo sebelum ini merasakan mungkin tidak akan ada orang yang akan menghadirinya jika melakukan perkara tersebut.
Malah tetamu yang hadir pada majlis tersebut turut merungut dan mengeluarkan kata-kata kurang senang kepada pasangan berkenaan.
Nova memberitahu kepada tetamu mungkin akan berkata mereka tidak akan membayar untuk tiket dan tidak kisah mengenainya kerana mereka bukanlah selebriti terkenal.
“Saya tidak akan pernah membelanjakan wang untuk tiket (perkahwinan). ‘Saya tidak kisah’. ‘Kamu fikir kamu siapa? Jay-Z dan Beyoncé?” kata Nova.
Kenakan bayaran berserta tempat duduk dalam bas untuk lawatan 12 jam ke bandar New York
Namun akhirnya, pasangan berkenaan tetap mengenakan bayaran kepada tetamunya dengan jumlah RM1,473.61 dan ia termasuk tempat duduk percuma di dalam bas dua tingkat yang akan membawa lawatan selama 12 jam ke bandar New York.
Perkara yang dilakukan itu dapat membantu pasangan menjimatkan perbelanjaannya lebih $70,000 (RM309,697.86) untuk majlis berkenaan.
Menurut laporan The Knot, perbelanjaan untuk membuat majlis perkahwinan semakin meningkat dan ia membuatkan ramai pasangan menjadi kreatif dengan perbelanjaan majlis tersebut meskipun mengenakan bayaran kepada tetamu yang hadir.
Di United Stated kos untuk melakukan majlis perkahwinan dianggarkan sekitar $35,000 (RM154,850.68) pada 2023 namun ia meningkat $5,000 dari purata tahun sebelumnya dan antaranya kerana inflasi.
Peningkatan kos tersebut secara tidak langsung menyebabkan harga barangan, perkhidmatan dalam industri perkahwinan dan sebagainya turut meningkat.