“Mahu Hebat, Tak Perlu Menjilat” – Ayat ‘Pedas’ Ustaz Abdul Somad Raih Perhatian Ramai [Video]
Bagaimanapun, tidak diketahui kata-kata Ustaz Abdul Somad itu ditujukan kepada siapa atau ianya hanya diberikan secara spontan sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, bahkan di negara-negara jiran lain juga.
Beliau yang sering berdakwah di merata tempat sememangnya diminati dan disenangi ramai orang yang dahagakan perkongsian-perkongsian tentang agama Islam.
Malah, kata-kata nasihat yang sering diberikannya ketika berdakwah juga selalunya tular di media selepas dikongsikan oleh ramai orang.
Ustaz Abdul Somad bagi kata-kata ‘pedas’, nak jadi hebat tak perlu sampai menjilat
Pun begitu, baru-baru ini tular pula pendakwah berasal dari Sumatera Utara itu memberikan kata-kata yang cukup ‘pedas’ sehingga meraih perhatian ramai.
“Mahu hebat, tak perlu menjilat kerana kita tidak seanjing itu.”
Ustaz Abdul Somad
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kerabatbangdarwisharahap, ayat yang diberikan oleh Ustaz Abdul Somad itu dipercayai sesuai kepada individu yang suka membodek atau ‘kaki kipas’ pihak atasan demi kepentingan diri sendiri.
Ada yang terasa tapi hanya mampu ketawa?
Di dalam video tersebut, kelihatan Ustaz Abdul Somad memberikan kata-kata itu bersama beberapa individu lain di hadapan Istana Maimun (Istana Maimoon) di Medan.
Mereka kemudiannya ketawa bersama-sama selepas mendengarkan ayat berbaur sindiran yang diberikan oleh pendakwah itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui kata-kata Ustaz Abdul Somad itu ditujukan kepada siapa atau ianya hanya diberikan secara spontan sahaja.
Video sama turut tular di X selepas dikongsikan oleh seorang pengguna platform media sosial itu yang juga warga Indonesia.
Benar kata UAS nih…
— Toegiman (@toe_giman) August 11, 2024
“MAU HEBAT TIDAK PERLU MENJILAT… KARENA KITA TIDAK SE4NJ1N6 ITU…”
👏😊👏😊☝️☺️ pic.twitter.com/PFEpk5DOp8
Ramai bersetuju dan sifatkan kata-kata Ustaz Abdul Somad cukup mendalam maknanya
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan kata-kata yang dilontarkan oleh pendakwah berusia 47 tahun itu cukup mendalam maknanya.
Tidak hanya itu, mereka turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Ustaz Abdul Somad kerana untuk menjadi seseorang yang hebat serta berjaya perlulah berusaha dan bukanya membodek semata-mata.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Dibenar Masuk, Ustaz Abdul Somad Sifatkan Singapura Negara Sombong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]