fbpx

Pelanggan Jumpa Ulat Dalam Hidangan Ayam Penyet Di Restoran [Video]

Menerusi video tersebut wanita itu turut menunjukkan ulat yang berada dalam pinggannya sedang berjalan di atas sayur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan merupakan aspek yang sangat penting khususnya jika seseorang itu adalah peniaga yang menjual makanan.

Ini kerana, persekitaran atau makanan yang tidak bersih bukan sahaja membuatkan pelanggan tidak selesa bahkan boleh menyebabkan berlaku keracunan makanan.

Wanita jumpa benda asing dalam makanan

Baru-baru ini, seorang wanita di TikTok telah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berkunjung di sebuah restoran hidangan makanan Indonesia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Farrah Rahman, awalnya dia telah membuat pesanan yang dipercayai nasi ayam penyet.

Ulat sedang berjalan atas sayur

Namun sebaik makanan dihidangkan di atas meja dia kemudian menyedari seekor ulat sedang berjalan di dalam pinggannya.

Sebaik merakam video ulat itu, dia kemudiannya menunjukkan persekitaran kedai makan terbabit yang turut dikunjungi oleh pelanggan lain.

Di ruang kapsyen Farrah meminta orang ramai untuk menilai sendiri (perkara yang dialaminya) dan memaklumkan staf restoran berkenaan tidak memohon maaf atas perkara yang berlaku.

@farrahrahmann_

Korang nilaikan lah sendiri ya 🤮 Staff dia don’t even come to say sorry pun. Ni pun kita boleh viralkan apatah lagi engkau yang bukan siapa2. I’ve tolerate too much ady ya! #ulat #wongsoloseksyen7 #husbandsuruhpostjuga #fyp #viral #TikTokAwardsMY2024

♬ original sound – Farrah Rahman – Farrah Rahman

Dakwa alami keracunan makanan

Melihat di ruangan komen, Farrah memberitahu dia telah memaklumkan kepada pihak kedai mengenai hal itu. Susulan daripada perkara itu, dia mendakwa mengalami keracunan makanan disebabkan ulat tersebut.

Ada juga netizen mendakwa ulat yang ditunjukkan itu adalah ulat daripada sayuran berkenaan dan memaklumkan dipercayai restoran itu terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah mengalami situasi yang sama seperti Farrah.

“Mesti ulat daripada salad”

“Memang ulat sayur tapi ini petanda mereka tak basuh pun sayur tu. Ni baru sayur yang lain tak tahu lah”

“Itulah saya tak berani nak makan sayur yang mentah ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.