fbpx

4 Bulan Tak Berjumpa, Reaksi Keluarga Lihat Azizulhasni Pulang Buat Ramai Terharu [Video]

Menurut anak sulung Azizulhasni, dia tidak terkata sebaik melihat insan yang berjuang untuk Malaysia itu akhirnya berada di depan mata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar atlet negara mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

Menang atau tidak itu bukanlah pengukur segala-galanya, namun usaha dan semangat yang dibawa membuatkan mereka menjadi permata tak ternilai buat negara.

Malah mereka juga sanggup meninggalkan insan tersayang seperti keluarga untuk menjalani latihan dan sebagainya.

Azizulhasni kongsi reaksi anak-anak sebaik lihatnya pulang ke rumah

Perkara sama turut dilalui oleh atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang apabila terpaksa berjauhan dengan isteri serta anak-anaknya hampir empat bulan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Azizulhasni di TikTok, beliau telah berkongsi reaksi setiap anak-anak yang menetap di Australia sebaik melihatnya pulang ke rumah.

Dalam video tersebut awalnya, Azizulhasni menunjukkan reaksi anak kedua yang menjerit lantas berlari ke arahnya selepas pulang dari sekolah.

Melompat peluk bapa sambil luah rasa rindu

Malah kanak-kanak itu turut melompat memeluk Azizulhasni sambil menangis dan meluahkan rasa rindu kepada bapanya.

Bukan hanya itu, Azizulhasni turut berkongsi detik ketika berjumpa anak ketiga yang turut berlari memeluk beliau sebelum si bapa mengucup pipinya.

Anak tak terkata sebaik lihat Azizulhasni pulang

Manakala anak pertama meluahkan dia tergamam apabila melihat Azizulhasni sudah pulang.

“Saya sangat gembira bapa saya sudah pulang, kerana apabila guru bertanya pada saya bilakah bapa kamu akan pulang? Saya mengatakan bulan hadapan (September) dan kini dia (Azizulhasni) di sini,” ujar anak sulungnya.

Namun sedikit sebak, apabila anak bongsu yang masih bayi menangis sewaktu didukung Azizulhasni mungkin kerana tidak mengenalinya kerana sudah lama berjauhan.

Ramai rasa sebak lihat anak-anak gembira Azizulhasni pulang selepas lama tak bersua

Video memaparkan reaksi kegembiraan setiap anak-anak Azizulhasni itu secara tidak langsung membuatkan ramai sebak dan terharu.

Malah ada yang mengatakan sebelum ini mereka berharap Azizulhasni yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocket Man’ tidak bersara selepas Olimpik Paris 2024, namun berubah fikiran mungkin sudah tiba masanya untuk bersama keluarga.

Bukan hanya itu, mereka juga menyifatkan jaguh berbasikal itu tetap pemenang di hati setiap rakyat Malaysia.

“Mula-mula tu rasa macam.. Janganlah bersara lagi Datuk. Kejar pingat emas di Olimpik LA pula. Bila tengok video ni, hmm tak apalah bersara lah Datuk.. Kebahagian sebenar dengan keluarga”
“Alhamdulillah ya Allah, tersentuh part ‘I miss you’. Terima kasih Datuk kerana tolong membanggakan Malaysia. Tiba waktu luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga pula”
“Saya rasa ia adalah pilihan tepat Datuk luangkan masa yang lebih lagi bersama keluarga. Anda tetap hero kami dan Malaysia bangga dengannya. Kesian dekat anak-anak yang masih kecil..”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.