fbpx

BNM Denda Maybank & CIMB Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan

Penalti itu dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Maybank dan CIMB berikutan ketidakpatuhan pada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kepada pengguna perkhidmatan perbankan, pastinya anda akan berasa panik apabila bank yang digunakan dalam kehidupan seharian secara mengalami gangguan tanpa dijangka.

Tidak kiralah ia berlaku untuk tempoh lama atau singkat, ia tetap memberi kesan kepada para pengguna terutamanya mereka yang mahu membuat transaksi atau pembayaran di mana-mana lokasi pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, pernah wujud kes di mana baki akaun pengguna tertera RM0 dan wang simpanan di dalam tabung juga ‘lesap’ sebelum perkhidmatan kembali normal.

Baca Artikel Berkaitan: Aplikasi Maybank MAE Alami Gangguan, Baki Tertera RM0

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Maybank Terkejut Baki Akaun Bank Tiba-tiba Ada Lebih RM404 Juta!


Maybank & CIMB Didenda Oleh Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) kepada dua syarikat bank terkenal iaitu Malayan Banking Bhd dan Maybank Islamic Bhd dan CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Denda itu dikenakan berikutan ketidakpatuhan pada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 susulan gangguan perkhidmatan yang berpanjangan.

Maybank telah dikenakan penalti berjumlah RM4.32 juta manakala CIMB pula diminta untuk membayar sebanyak RM760,000.

BNM melaporkan Maybank telah membayar penalti penuh yang dikenakan pada 8 Ogos sementara CIMB pula menjelaskannya pada 12 Ogos lalu.

Sumber: Malay Mail

“AMP itu dikenakan kerana ketidakpatuhan perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), bersama-sama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT),” kata BNM.

Di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, sesebuah institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal mereka direka bentuk dengan tahap ketersediaan yang tinggi.


Gangguan Perkhidmatan Yang Berlaku Melibatkan Dua Bank Ini

Dalam lingkungan tempoh antara 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024, aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank dilaporkan telah mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang (multiple unplanned downtime).

Ia secara tidak langsung mengakibatkan gangguan berpanjangan terhadap antara muka (interface) perkhidmatan perbankan dengan pelanggan.

Selain itu, pelanggan CIMB juga pernah berdepan gangguan perkhidmatan ketika 8 hingga 9 April lalu selepas saluran perbankan, mesin ATM serta perkhidmatan kad debit dan kredit tidak dapat digunakan.

Gangguan yang dihadapi CIMB ini juga dikatakan telah melepasti paras ambang yang ditetapkan oleh BNM.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.